apa itu dnaa

Apa Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Seperti yang diketahui, setiap kesalahan jenayah tidak kira sama ada sivil mahupun syariah akan didakwa di mahkamah. Bermula dari kes di peringkat rendah hingga melibatkan kes-kes yang berprofil tinggi.

Pun begitu, pastinya tidak ramai mengetahui ‘lenggok bahasa’ dalam sistem perundangan. Perkara itu sudah tentunya akan menimbulkan persoalan kepada orang awam apabila mendengar atau membacanya.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Beliau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan penggubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Perkara ini sekaligus membangkitkan persoalan mengenai maksud frasa “dilepaskan tanpa dibebaskan”.

Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian seorang peguam yang dikenali sebagai Nur Shuhadah (@shada_mazan) di bawah ini.

Menerusi video di aplikasi TikTok yang dimuatnaiknya, beliau menjelaskan maksud DNAA.

Apa Itu DNAA?

Gambar: Bernama

DNAA merujuk kepada maksud dilepaskan tanpa dibebaskan atau Discharge Not Amaounting Acquital.

Jelasnya, Timbalan Pendakwaraya (TPR) atau plaintif boleh menuduh (mendakwa) semula Orang Kena Tuduh (OKT ) atau defenden pada bila-bila masa. Oleh itu, defenden perlu hadir apabila diberitahu.

Hal ini selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding bagi suatu kesalahan selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

BACA JUGA: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 47 Pertuduhan

Kenapa DNAA berlaku?

Lazimnya, DNAA berlaku sewaktu di peringkat sebutan kes dan sebelum proses perbicaraan .

“Pada hemat saya, ia berlaku kerana kesilapan teknikal contoh kertas siasatan tidak dibawa, kesilapan pendaftaran kes dan saksi tidak hadir meskipun tarikh telah ditetapkan.

“Selain itu, pengadu menarik semula laporan dan tak berminat untuk teruskan kes, OKT tidak hadir dan waran tangkap dikeluarkan dan macam-macam kesilapan teknikal,” katanya.

Sementara itu, dalam laman web Audit Keadilan Malaysia, turut menyatakan perkara yang sama.

Terdapat beberapa kaedah bagi melupuskan kes tersedia oleh mahkamah menerusi pembebasan, pelepasan, sabitan dan hukuman atau pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA).

Bagi DNAA, permohonan boleh dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Awam (DPP) sebelum penutupan kes pendakwaan jika pertuduhan tidak berasas di mana bukti masih tidak mencukupi atau siasatan tidak lengkap. Namun ia boleh diperkukuhkan kemudian (Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah). Pertuduhan ini boleh dibicarakan semula pada masa akan datang.

Untuk lebih pencerahan boleh tonton video di bawah.

@shada_mazan

Apa maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan”? #peguamsivil #peguam #peguamjenayah #fyp

♬ original sound – Lawyer Nur Shuhadah – Lawyer Nur Shuhadah

Sumber: TikTok @shada_mazan, Audit Keadilan Malaysia,

The post Apa Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan? Ini Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *