Rambut panjang dan wanita bukanlah sesuatu yang asing, namun jika seorang lelaki mempunyai rambut panjang yang lebih panjang dari kebiasaan seseorang wanita, itu memang lain daripada yang lain.

Seorang remaja lelaki di India telah dinobatkan sebagai pemilik rambut terpanjang di dunia bagi kategori lelaki oleh Guiness World Record baru-baru ini.

Memetik laporan India Today, remaja lelaki yang dikenali sebagai Sidakdeep Singh Chahal mengatakan dia tidak pernah memotong rambutnya sepanjang hidup kerana kepercayaan agamanya.

6 2

Kini, rambutnya telah panjang mencecah sehingga 146 cm!

Artikel Berkaitan: Lif Bailong: Lif Luar Bangunan Yang Tertinggi Di Dunia, Ada Bran Nak Naik?

Artikel Berkaitan: “Nampak lain terus” – Transformasi Wanita Ini Sebelum Dan Selepas Mekap Buat Ramai Terkejut

Dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini, remaja 15 tahun itu menceritan bahawa dia pernah diusik oleh teman-temannya untuk mengeringkan rambut.

Ada juga antara rakan-rakannya yang memanggilnya seorang budak perempuan kerana memiliki rambut yang panjang.

Namun, dia tak pernah ambil hati dengan usikan rakan-rakannya itu dan menganggapnya sebagai motivasi.

Setelah rambut panjangnya diiktiraf oleh Guiness World Record, usikan daripada rakan-rakannya itu kini telah berubah menjadi ucapan tahniah.

Selain itu, Chahal juga mengatakan bahawa ibunya telah membantunya sejak kecil untuk menjaga rambut panjangnya.

Difahamkan, dia akan mencuci rambutnya dua kali seminggu dan setiap kali selepas membasuh, dia akan mengambil masa sekurang-kurangnya sejam untuk membasuh, mengeringkan dan menyikatnya.

7 3 2

Seperti kebiasaan lelaki Sikh, dia akan menyanggul rambutnya sebelum memakai dastar (serban).

Memang respek dekat dia sebab kita nak keringkan rambut 10 minit pun dah malas. 

Sumber: India Today, Guiness World Record

Sumber: India Today
Sumber: India Today

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *