Bukan mudah nak jadi ibu bapa untuk membesarkan anak-anak terutamanya anak-anak yang masih kecil sebab banyak ragamnya.

Kalau tak diajar dari kecil, nanti bila dah besar susah nak perbaiki sikap buruk mereka.  Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Namun, kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di China ini pula telah menyebabkan ramai warganet terhibur kerana dia terpaksa ‘menyerahkan diri’ di balai polis setelah kantoi mengambil wang ibu bapanya tanpa kebenaran.

Whatsapp Image 2023 09 03 At 3.07.35 Pm 1

Memetik laporan South China Morning Post, kanak-kanak tersebut telah mengambil wang ibu bapanya yang disimpan di rumah sebanyak 800 yuan (lebih kurang RM511) untuk diberikan kepada rakannya.

Ini kerana dia meminta rakannya itu membeli jajan untuk dirinya setelah ibu bapa kanak-kanak itu melarangnya makan jajan dalam kuantiti yang banyak.

Setelah kantoi dengan bapanya, bapa kanak-kanak itu membawanya ke balai polis untuk mengaku dan ‘serah diri’.

Di balai polis, kanak-kanak itu mengaku kesalahannya sambil menangis.

Whatsapp Image 2023 09 03 At 3.07.35 Pm

Bapa kanak-kanak itu mendedahkan dia bertindak sedemikian kerana mahu anaknya sedar bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah.

Difahamkan juga, kanak-kanak itu juga kemudiannya meminta maaf kepada bapanya kerana telah mengambil wang tanpa kebenaran.

Kisah kanak-kanak ini telah menjadi perhatian warganet di China di mana rata-rata mereka memuji kanak-kanak itu yang mengaku kesalahannya.

Sumber: South China Morning Post

Baca: “Bila nak rukuk ni?” – [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makmum Budak Tegur Bacaan Imam

Makmum Budak Tegur Bacaan Imam 2

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *