amaran hujan dua negeri

Amaran Hujan Berterusan Di Dua Negeri Hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.

Dalam satu kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Dalam kenyataan berasingan MetMalysia memaklumkan angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh sehingga esok.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan,” menurut kenyataan MetMalaysia itu.

BACA JUGA: Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu – MetMalaysia

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

Sumber: BERNAMA

The post Amaran Hujan Berterusan Di Dua Negeri Hingga Isnin appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *