Kuala Lumpur, 18 September 2023– AmanahRaya Trustees Berhad (ARTB), anak syarikat milik penuh Amanah Raya Berhad hari ini telah membuat serahan cek bayaran zakat perniagaannya bagi tahun 2022 berjumlah RM846,594.36 kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Sesi akad penyerahan zakat perniagaan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ARTB, Yang Berusaha Encik Zainudin Suhaimi dan Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman disaksikan oleh Pengerusi, PPZ-MAIWP, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman bersama Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Pengerusi ARTB, Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan.

AmanahRaya Trustees zakat

Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapan aluannya berkata, ‘serahan zakat ini juga merupakan satu kewajipan ARTB untuk melunaskan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di mana keuntungan pendapatan yang diperoleh dapat dikongsi dengan golongan yang memerlukan. Melalui inisiatif ini juga, ARTB berharap bantuan kewangan yang disalurkan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan sedikit sebanyak dapat membantu memperbaiki kualiti kehidupan golongan Asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan.’

Tambah beliau lagi, ‘Penyerahan zakat perniagaan ini adalah merupakan hasil keuntungan ARTB bagi tahun 2022 yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dengan peningkatan keuntungan lebih 27% peratus berbanding tahun 2021.’

AmanahRaya Trustees zakat

The post AmanahRaya Trustees Berhad Serah RM846,594.36 Zakat Perniagaan Kepada Asnaf Sekitar Wilayah Persekutuan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *