Alasan Yang Dikemukakan

Alasan Yang Dikemukakan Pihak Pendakwaan Kukuh – Jabatan Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam prosiding kes yang didakwa adalah berdasarkan alasan yang telah dikemukakan kepada mahkamah.

Memetik Astro Awani, permohonan itu melibatkan prosiding pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut telah diterima oleh mahkamah.

“Semasa membuat keputusan tersebut, Hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara itu dibuat selepas terdapat laporan yang mendakwa keputusan itu sebagai tidak bermoral.

Terdapat gesaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk beri penjelasan

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak telah menggesa Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan.

Penjelasan itu diminta untuk menjawab berkenaan isu keputusan pendakwa raya yang memberhentikan prosiding Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid telah terlibat atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Dalam pada itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata bahawa masyarakat perlu mendapat penjelasan berhubung keputusan itu.

Ini kerana keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan pasukan pendakwaan dan bukan keputusan pihak mahkamah.

Tambah Mohamed Hanif, ia adalah budi bicara mutlak Peguam negara selepas Pejabat Peguam Negara atau Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Perkara 145.

Jelasnya, secara peribadi keputusan itu tidak berkait dengan Ahmad Zahid, sebaliknya ia berkait dengan sistem tadbir urus undang-undang jenayah di bawah seliaan kawalan dan tadbiran Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Astro Awani

The post Alasan Yang Dikemukakan Pihak Pendakwaan Kukuh – Jabatan Peguam Negara appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *