Baru-baru ini agak kecoh di media sosial apabila Zul Ariffin memuat naik hantaran menunjukkan bahawa dia telah melawat sebuah kota bernama Al Ula yang terletak di Arab Saudi.

Ramai yang mengecam tindakan pelakon ini kerana kota tersebut merupakan tempat terkutuk serta dilarang oleh Rasulullah SAW. Malah, baginda sendiri menghindari untuk singgah ke tempat ini.

Untuk orang yang pertama kali mendengar tentang tempat ini atau tak pernah mengetahui kenapa ia dipanggil sebagai kota terkutuk, artikel kali ini akan menjelaskan sebabnya serta kenapa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk melawat Al Ula.

Screenshot 2023 09 06 At 3.28.50 Pm

Artikel berkaitan: “Nabi Muhammad pun lalu je” – Video Melawat Al ‘Ula Kembali Tular, Zul Ariffin Dikecam Netizen?

 

Artikel berkaitan: Tempat Turun Azab Kini Jadi Tourist Attraction, Ini Sebab Nabi Larang Sahabat Singgah Al-‘Ula

Kalau korang nak tahu, Arab Saudi dilaporkan untuk cuba menukarkan satu tempat bersejarah tamadun purba yang terletak di kawasan Al Ula sebagai satu destinasi perlancongan global bagi membuka mata dunia serta mempelbagaikan ekonomi negara ini selain hanya bergantung kepada minyak.

Tempat purba misteri ini dipanggil sebagai Hegra atau Al-Hijr dan dipenuhi dengan gunung-gunung besar serta ukiran pembinaan yang tak pernah disentuh sejak berkurun-kurun. Ia juga turut diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan tertua.

Malah menurut ahli arkeologi, ukiran pembinaan di atas gunung yang ada di tempat tersebut bukanlah dilakukan oleh orang-orang biasa kerana zaman sekarang, untuk buat binaan tersebut kita perlu menggunakan mesin yang berkuasa tinggi.

Al Ula: Rumah Kaum Tsamud

Archdaily Desert X Al Ula Visitor Centre Saudi Arabia Kwy Ricardo Gomes Ph Lance Gerber 12

Dalam Islam, tempat ini dikenali sebagai Maidan e Saleh atau rumah kaum Tsamud iaitu orang-orang zaman Nabi Saleh yang dikenali dengan kekuatan dan kemahiran mereka membuat ukiran pembinaan gunung yang boleh dilihat sehingga hari ini.

Kalau korang nak tahu, kawasan ini dulunya sangat subur dan hijau serta mempunyai bijirin dan tanaman yang mencukupi setiap tahun. Namun begitu, kekayaan alam yang melimpah ruah ini telah membuatkan orang-orang kaya di kalangan kaum Tsamud ini menjadi sombong dan kejam sehingga sering menyeksa dan membunuh orang miskin.

Disebabka ini, Nabi Saleh A.S telah dihantar oleh Allah SWT untuk membimbing mereka seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran:

Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”. (Quran 7:74)

Bagaimanapun, sebalik menerima ajakan Saleh untuk beriman kepada Allah, mereka telah mencabarnya untuk membuktikan kenabiannya dengan meminta Saleh mengeluarkan unta dari batu-batu berhampiran.

Saleh kemudiannya telah berdoa dan dengan izin Allah, satu unta betina telah keluar dan melahirkan satu anak lembu dan meminta kaum Tsamud untuk menghormati unta tersebut.

Beberapa orang yang melihat mukjizat ini mula mempercayai kenabian Saleh manakala yang lain masih enggan menerimanya dan turut membunuh unta yang tidak bersalah itu.

Sebagai hukuman, Allah telah menghantar gempa bumi pada waktu tengah malam sehingga kesemua dari mereka meninggal dunia seperti yang disebut dalam Surah Al-A’raf ayat 78, Allah bersabda:

Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.” (Quran 7:78)

Hanya yang tinggal selepas gempa tersebut hanyalah bangunan dan monumen yang diukirkan dari gunung dan batu seperti yang kita lihat hari ini.

Nabi Muhammad SAW menghindari Al Ula

Habitas Al Ula 2021 01 000482 768X512 1

Apabila Nabi Muhammad SAW melalui kawasan tersebut semasa dalam perjalanan ke Perang Tabuk, Baginda telah menunjukkan tempat ini kepada para sahabatnya sebagai satu pengajaran.

Rasulullah telah memerintahkan mereka untuk minum air hanya dari satu pergi yang digunakan oleh unta Nabi Saleh dan melarang mereka untuk makan atau minum apa-apa dari kawasan tersebut dan melalui Al Ula dengan cepat.

Gempa bumi yang berlaku ribuan tahun lalu juga turut memusnahkan lapisan perlindungan bawah tanah bumi. Sekarang, saintis telah menemui satu lubang besar di dalam lapisan ozon atmosfera di atas kawasan yang musnah. Ini menyebabkan kota tersebut berisiko untuk mengalami kerosakan gempa bumi, kerosakan sinaran UV, pelbagai penyakit kulit, kanser dan ribut semulajadi.

Malah pengkaji juga bersetuju bahawa tempat ini tak selamat untuk didiami pada jangka masa yang sama dan seiring dengan larangan Rasulullah SAW tentang kota ini.

Al Ula yang merupakan petanda pengajaran Allah tak sepatutnya digunakan sebagai tempat keseronokan atau hiburan kerana ia merupakan tempat kaum yang dimusnahkan oleh azab Allah. Ia sepatutnya menjadi peringatan tentang pencipta kita serta tentang kehebatan dan kekuasaannya.

Agak menyedihkan bila tempat ini mula dianggap sebagai tempat bersejarah yang perlu diraikan. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang benar.

Sumber: Islamic Information

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *