Ahmad Terrirudin Peguam Negara

Ahmad Terrirudin Dilantik Sebagai Peguam Negara

PUTRAJAYA, 1 Sept (Bernama) — Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 Sept ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Ahmad Terrirudin selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Terrirudin, 55, menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept.

BACA: Pra Tempahan Kereta Tesla Model 3 Facelift Mula Dibuka, Harga Bermula RM189,000

Idrus yang sebelum ini merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara dengan kontrak dua tahun bermula 6 Mac 2020.

Beliau kemudiannya dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 6 Mac 2022 untuk tempoh setahun lagi. Pada 3 Mac lepas, kontrak Idrus sebagai Peguam Negara disambung untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

Mohd Zuki dalam kenyataannya turut merakamkan penghargaan kepada Idrus atas perkhidmatan sepanjang memegang jawatan Peguam Negara.

Sumber: BERNAMA

The post Ahmad Terrirudin Dilantik Sebagai Peguam Negara appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *