pembangkang keluar dewan

Ahli Parlimen Pembangkang Protes Keputusan Speaker, Keluar Dewan Beramai-Ramai

Persidangan Dewan Rakyat pada hari ini berakhir dengan kekecohan selepas Ahli Parlimen Putrajaya dari blok pembangkang telah diarah keluar dewan oleh Speaker.

Keputusan itu dibuat oleh Datuk Jahari Abdul selepas YB Datuk Dr. Radzi Jidin memohon supaya Perdana Menteri menarik balik tuduhan yang dilontarkan kepadanya semasa berhujah.

Kekecohan dikatakan berlaku selepas Perdana Menteri sedang membuat penggulungan hujahan berkenaan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

MP pembangkang desak Anwar Ibrahim memberi penjelasan isu DNAA Ahmad Zahid

Anwar Ibrahim telah didesak untuk menjawab persoalan daripada pihak pembangkang berkenaan tindakan DNAA ke atas Ahmad Zahid tersebut.

Disebabkan beberapa celahan dan kekecohan mula timbul, Speaker dewan kemudiannya mengarahkan Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin untuk keluar Dewan.

Susulan arahan yang diberikan oleh Speaker kepada MP Putrajaya, pihak pembangkang yang tidak berpuas hati telah bertindak keluar dewan secara beramai-ramai sebagai tanda protes.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat selepas Speaker mengarahkan YB Putrajaya, Datuk Radzi Jidin berbuat demikian. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat pic.twitter.com/H9vD7KR5ZZ

— Astro AWANI (@501Awani) September 19, 2023

Sumber: Astro Awani

The post Ahli Parlimen Pembangkang Protes Keputusan Speaker, Keluar Dewan Beramai-Ramai appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *