afdlin berkahwin semula

Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin Semula

Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan bahawa dia telah menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan hatinya tahun ini, lapor Gempak.

Difahamkan, berita gembira itu dikongsi olehnya menerusi temu bual dalam sebuah program TV hari ini.

Jelas Afdlin, bekas isteri dan anak-anaknya juga merestui perlahwinan tersebut memandangkan mereka sudah mengenali antara satu sama lain.

“Alhamdulillah saya sudah pun berumah tangga dan dalam keadaan yang bahagia. Saya rasa tenang.

“Anak beranak saya, bekas isteri saling kenal mengenali. Kami pun dalam keadaan yang sangat gembira,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memanjatkan rasa syukur kerana urusannya dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa.

Sementara itu, dia juga berkata perkara tersebut adalah bersifat peribadi dan tidak mahu ia diberikan perhatian penuh oleh orang lain selain dirinya sendiri.

Dia juga menjelaskan dirinya sememangnya bersifat begitu yang mahu mengasingkan urusan peribad.

“Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan. Itu yang saya mahukan pun, benda ini benda sangat personal bagi saya.

“Masa saya dengan bekas isteri pun anda semua jarang dapat bertemu dengan dia.

“Sebab memang cara saya adalah yang personal kita biarkan personal. Yang penting bagi saya adalah kerja.

“Saya tidak mahu perkara itu menjadi fokus sebab saya orangnya memang begitu. Perkara peribadi biarlah saya yang hadapi dan galas,” jelasnya.

BACA: “Dengan Izin Allah,” Farid & Diana Sudah Rujuk Semula 31 Ogos Lalu

Dalam pada itu, Afdlin berkata dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinannya namun mengatakan ia bergantung kepada individu bagaimana mereka menguruskan kehidupan mereka.

“Kita semua berbeza-beza dan ada cara untuk kita tangani dugaan serta cabaran hidup. Alhamdulillah saya punya dah selesai.

“Saya tengok orang lain punya perkahwinan atau penceraian semua tersebar luas. Biarlah itu cara mereka,” katanya.

Pada April tahun lalu, media melaporkan Afdlin dan bekas isterinya, Maria Christina Orow Abdullah telah bercerai.

Rumah tangga dia dan bekas isterinya terbina pada tahun 1997 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Sumber: Gempak

The post Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin Semula appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *