Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon sensasi, Aedy Ashraf yang kononnya sedang bercinta dengan seseorang.

Menurut Aedy, dia menyifatkan hubungan tersebut tidak lebih daripada seorang kawan. Jadi, Aedy terpanggil untuk menjawab persoalan tersebut melalui sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

“Terlalu banyak spekulasi mengenai diri saya, sejak kebelakangan ini. Jadi, saya terpanggil untuk menjelaskan segala-galanya.

“Berhubung spekulasi nama saya dikaitkan dalam sebuah buku tulisan seorang teman, itu semua tidak benar. Kami tidak pernah bercinta dan hubungan kami hanyalah sebagai kawan,” katanya menurut laporan oleh Berita Harian.

Selain itu, Aedy turut menjawab persoalan mengenai gambar seorang gadis yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Aedy Ashraf

“Mengenai sekeping foto diambil daripada babak filem lakonan saya, ingin saya jelaskan yang saya tidak pernah memberi keizinan untuk foto ini dimuat naik dalam mana-mana platform media sosial.

“Malah, saya juga tidak bersetuju untuk bahan seperti itu digunakan untuk tujuan promosi,” tulis Aedy.

Selain itu, Aedy juga telah dikaitkan dengan sebuah puisi yang ditulis oleh Daiyan Trisha baru-baru ini. Penulisan Daiyan itu mencetuskan teka-teki mengenai siapa jejaka yang dikatakan telah menghancurkan hatinya. Ada yang berkata, tulisan tersebut ditujukan khas untuk Aedy.

Memetik laporan media sebelum ini, Daiyan menjelaskan setiap penulisan puisinya adalah rangkuman rasa yang dilalui berkaitan kehidupannya termasuk tentang hubungan cinta dan kekecewaan dilalui sejak tahun 2018 sehingga 2022.

“Semua itu hanya spekulasi mereka netizen sendiri. Sedangkan, buku puisi tersebut tidak dikeluarkan lagi pun.

“Jika netizen nak buat fahaman sendiri, itu hak mereka sebab semua puisi yang ditulis adalah mengenai apa yang saya rasa dan lalui,” katanya.

Kredit: Kosmo! online, Berita Harian

Baca: “Tengok puas-puas” – Aedy Ashraf Kongsi Video ‘Belasah’ Hafidz Roshdi

Aedy Ashraf

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *