jakim dr norhafizah musa

Ada Terima Aduan, Nama Ustazah Norhafizah Musa Digugur Untuk Elak Isu Berbangkit – Jakim

PUTRAJAYA — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memperjelaskan isu berhubung pengguguran nama penceramah Datuk Dr. Norhafizah Musa dalam Program Muslimah Putrajaya Berselawat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya (MTMZA).

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya telah merujuk isu pengguguran nama penceramah dalam Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang tular.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aduan yang diterima oleh sesetengah pihak.

“Susulan terdapat aduan yang diterima oleh pihak-pihak yang mempertikaikan penglibatan Datuk Dr. Norhafizah Musa dalam program tersebut, pihak MTMZA selaku rakan kerjasama program telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama program dan kesepakatan telah dipersetujui.

“Ia supaya langkah-langkah bagi mengelakkan isu berbangkit timbul, maka nama Datuk Dr. Norhafizah Musa telah digantikan dengan tokoh lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Akhirnya Terjawab, Ini Rupanya Sebab UAI Asyik Tengok Atas Masa Ceramah

Tambah Datuk Hajah Hakimah, beliau berharap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.

“Semoga isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar,” maklumnya.

Untuk makluman, Program Muslimah Putrajaya Berselawat dijadual pada 24 September 2023 dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).

Sementara itu, Datuk, Dr. Norhafizah Musa dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi menjelaskan namanya digugurkan daripada program tersebut.

Ekoran itu juga, ramai yang meminta penjelasan berkaitan hal tersebut.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

The post Ada Terima Aduan, Nama Ustazah Norhafizah Musa Digugur Untuk Elak Isu Berbangkit – Jakim appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *