Percutian ke Australia pastinya tidak lengkap sekiranya tidak ke salah satu destinasi persisiran pantai di sana iaitu Gold Coast. Dengan cuaca panas yang dianggarkan sekitar 300 hari setahun, pastinya korang tidak akan kecewa sekiranya ke sana. 

Terkenal dengan pantai luncur airnya (seperti Surfers Paradise), latar langit yang didominasi bangunan tinggi, taman tema, hiburan malam dan kawasan pedalaman hutan hujan, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya korang bercuti ke sana. 

Berikut adalah 9 aktiviti yang ‘mesra poket’ yang korang boleh cuba untuk percutian sekeluarga ataupun dengan kawan-kawan. 

1. Aktiviti Pantai

Bayaran Masuk : Percuma

Idr07890 1

Disebabkan Gold Coast ni sangat terkenal dengan pantainya yang panjang dan cantik, jadi boleh kata tak lengkap lah percutian ke  Gold Coast kalau tak menghabiskan masa di pantainya. 

Kalau korang nak tahu, ada lebih 70km persisiran pantai untuk korang pilih, daripada Surfers Paradise yang terkenal sampailah Broadbeach! 

Cuma, kalau nak tengok sisi lain Gold Coast, boleh cuba lawati Currumbin Beach atau Burleigh Heads! 

 

2. Pertunjukan Burung Pelican

Lokasi : Charis Seafoods, 371 Marine Parade, Labrador QLD 4215, Australia

Idr03289

Kalau korang peminat makanan laut, korang boleh dapatkan makanan laut yang segar dan bekalan tiram, udang, kepah dan menikmati fish and chips di Charis Seafood! 

Selain makanan laut yang segar, Charis Seafood juga terkenal dengan ‘pertunjukan’ Pelican atau burung undan yang akan diberi makan setiap hari pada jam 1.30 petang.

Idr02814 1

Jangkakan ratusan burung pelican akan berkumpul dan makan makanan yang diberikan.

 

3. SkyPoint Observation Deck

Lokasi : Level 77, Q1 Building

Bayaran Masuk : AUD 31 (dewasa), AUD 23 (kanak-kanak 3-13 tahun)

Idr04986 1

Nikmati pemandangan 360 darjah Gold Cost daripada salah satu daripada bangunan tertinggi di Australia. 

Dibuka sehingga jam 9 malam, pemegang tiket boleh menikmati panorama bandar Gold Coast sepanjang hari kerana kemasukan berkali-kali adalah dibenarkan. Kalau ada bajet lebih, korang boleh juga cuba aktiviti di SkyPoint Climb dan bergambar di puncak bangunan Q1 tersebut.

Img 3186

Pengalaman yang menjanjikan pemandangan panorama yang menakjubkan ini akan menguji keberanian kerana pengunjung akan berdiri di puncak menara setinggi 270 meter berkenaan.

 

4. Pergi Taman Tema Terkenal Gold Coast

Idr05783

Percaya atau tidak, tidak kira berapa bajet korang, pastinya lawatan ke taman tema boleh dilakukan sekiranya korang ke Gold Coast. 

Walaupun perbelanjaan untuk ke taman tema seperti Dreamworld, Movie World, Wet n Wild atau Seaworld agak ‘keras’ tricknya disini adalah untuk mendapatkan pas kombo yang membolehkan korang kunjungi banyak tempat sepanjang minggu.

Idr06139 1

Kalau nak tahu, kebanyakan taman tema berikan kemasukan percuma kepada kanak-kanak dibawah 3 tahun. Kalau korang nak penjimatan, korang boleh tempah Gold Coast Adventure Pass di Klook.com untuk dapatkan potongan sehingga 30% aktiviti korang.

 

5. Bermain Dengan Koala Comel di Currumbin Wildlife Sanctuary 

Lokasi : 28 Tomewin St, Currumbin QLD 4223

Bayaran Masuk : AUD 45 (anggaran)

Idr07680

Sama seperti lawatan ke taman tema, korang boleh dapatkan tawaran-tawaran menarik di Klook.com sekiranya korang nak ke Currumbin Wildlife Sanctuary untuk melihat lebih dekat pelbagai jenis haiwan yang berasal dari Australia. 

Selain itu, korang juga boleh mempelajari tentang projek konservasi atau boleh alami sendiri pengalaman tengok ‘behind the scene’ apa yang berlaku di sebuah hospital hidupan liar. 

Trick untuk dapatkan penjimatan adalah korang beli pas keluarga (kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma) dan kalau bajet korang ada extra, boleh cuba tempah pengalaman seperti sarapan pagi dengan koala, buat cabaran tali atau habiskan masa lebih dekat dengan hidupan yang comel atau bersisik! 

 

6. Home of the Arts (HOTA)

Lokasi : 135 Bundall Road

Bayaran Masuk: Percuma

Idr03421

Home Of The Arts atau HOTA ini merupakan institusi kesenian dan kebudayaan Gold Coast. Boleh tengok kalendar aktiviti yang bakal diadakan untuk tarikh lawatan korang nanti di laman web mereka. 

Biasanya, akan ada pameran seni percuma, bengkel hands-on Little Artlab yang sesuai untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur. Kalau ke sini pada hari Ahad, luangkan sedikit masa dekat HOTA Markets yang dibuka dari jam 6 pagi hingga 11 pagi yang merupakan pasar komuniti yang terbaik di Gold Coast.

 

7. Surfers Paradise Beachfront Markets

Lokasi : Bersebelahan Surfers Paradise, dibuka setiap Rabu. 

Bayaran Masuk : Percuma

295767651 5497922356936111 44228479830482246 N

Kalau korang ke Surfers Paradise Beachfront Markets ni, korang boleh merasai sendiri pengalaman beli belah yang ikonik dan juga kebudayaan yang telah dipertontonkan sejak tahun 1995. 

Disini, korang boleh menemui barangan artisan dan ikonik Australia. Kalau ada yang kirim buah tangan, dekat sinilah tempat terbaik untuk korang cari dan korang nak menikmati pemandangan indah matahari terbenam, di sini juga antara salah satu lokasi yang terbaik! 

 

8. Outlet Shopping di Harbour Town Outlet Mall

Lokasi : Biggera Water

Bayaran Masuk : Percuma

145905 34
Couple shopping at harbour town

Nikmati potongan sehingga 70% di Harbour Town Outlet Mall untuk pembelian barangan berjenama seperti Polo Ralph Lauran, Michael Kors, Nike, Adidas dan vitamin daripada Gant Chemist. 

Tip : Rancang perjalanan korang dan tempah perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan dari Surfers Paradise. Korang boleh buat tempahan di laman web Harbour Town Outlet Mall. 

 

9. Ronda-Ronda Keliling Gold Coast Menggunakan G:Link

Lokasi : Stesen G:Link

Bayaran : Kad GoExplore bernilai AUD 10

Glink 2

Untuk bayaran AUD 10 sehari, korang boleh menaiki bas dan trem tanpa had di jalan-jalan utama di Gold Coast yang menghubungkan antara Surfers Paradise ke Broadbeach. 

Di Broadbeach ni pula, tempat untuk korang membeli belah. Selain itu,  ada restoran dan juga pantai, kalau nak shopping saat akhir, dekat sini pun boleh.  Kalau dah ‘muak’ dengan pantai, korang juga boleh ke Southport yang ada taman permainan yang besar dan juga pesta Australia. 

Teq Blue Kv Bm 1

Jom rancang perjalanan mulai hari ini dan tempah penerbangan terus, tanpa henti AirAsia X ke Gold Coast bermula dari RM699 atau RM2,469 untuk Premium Flatbed! Tempahan boleh dilakukan bermula dari sekarang dan penerbangan akan bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2024.

Nak dapatkan lebih penjimatan, korang boleh tengok bermacam-macam lagi tawaran menarik di airasia Super App. Muat turun aplikasi airasia Super App di Google Play, App Store atau Huawei AppGallery sekarang! 

Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: Facebook
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *