Kita boleh imagine macam mana sibuknya selebriti Hollywood untuk teruskan kerjaya dorang dan pada masa yang sama menguruskan keluarga. Jadi tak hairanlah bila dorang perlukan bantuan seperti pembantu peribadi, jurusolek peribadi dan pengasuh bagi memudahkan urusan.

Namun begitu, antara semua pembantu, dah tentulah mencari pengasuh merupakan perkara yang mencabar untuk selebriti-selebriti ni. Walaupun sibuk, dorang juga mesti tak nak abaikan anak dorang kan?

Bagi orang biasa macam kita ni, bila bayangkan dapat kerja jadi pengasuh anak selebriti terkenal ni mesti best kan? Selain dapat dekat dengan selebriti yang kita sering tengok di TV ni, kita juga boleh jadi popular bila paparazi cuba nak ambil gambar anak-anak dorang masa tengah keluar kan?

Tapi, bagi pengasuh-pengasuh yang dah berpengalaman bekerja dengan selebriti terkenal ni, dorang tahulah macam mana susahnya nak jaga anak dorang. Nama pun selebriti, mestilah diva juga perangai dan malah ada yang sampai letakkan perkara-perkara pelik yang perlu dipatuhi dalam kontrak, kalau tak…

Artikel berkaitan: 7 Selebriti Ini Pernah Hidup Susah Sebelum Jadi Antara Orang Terkaya Di Dunia

 

Artikel berkaitan: 9 Selebriti Terkaya Sepanjang Zaman Hingga Masuk Majalah Forbes

1. Mariah Carey

Ffn Carey Mariah2 Chp 060715 51766884123

Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi yang terkenal dengan suara merdunya ini? Hanya dengan suaranya saja, Mariah Carey berjaya menjadi famous dan kaya. Kalau korang nak tahu, anak kembarnya Morrocan dan Monroe dilahirkan sambil lagu nyanyiannya Fantasy dimaikan di dalam bilik bersalin tau.

Bagi pengasuh anak-anaknya pula, dorang perlu bersedia untuk memuji kecantikan dan suaranya selama beberapa kali sehari tau. Tak cukup dengan itu, anak-anaknya juga akan memuji dia setiap malam sebelum tidur selepas disuruh oleh pengasuhnya. Takut-takutlah Mariah lupa pasal kecantikannya dan suara dia yang sedap.

2. Halle Berry

Halle Berry Nahla School.jpg

Pelakon Halle Berry mempunyai dua orang anak bernama Nahla Ariela Aubry dan Maceo Robert Martinez. Disebabkan zaman kanak-kanaknya yang susah dan penceraian dengan suaminya memang tak hairan kalau dia sangat melindungi anak-anaknya.

Oleh itu, Halle dikatakan tak benarkan langsung pengasuh anak-anaknya untuk memeluk atau mencium mereka. Segala bentuk kasih sayang adalah dilarang kerana pelakon ini yang mahu berikan semua ini untuk anak-anaknya.

3. Charlize Theron

Ffn Ff3Ff13 Theron C 10302016 52218648

Kalau korang nak tahu, pelakon cantik ini tak benarkan langsung tau pengasuh dan pembantunya untuk bercakap atau pandang mukanya bila bekerja. Malah, kalau pengasuh anak-anaknya Jackson dan August nak bercakap, dorang perlu tulis nota sebagai satu bentuk komunikasi antara Charlize dan mereka. Fuh, susah gak camni.

4. The Kardashian

Kanye West Kourtney Kardashian Nanny Rude Kids 03.Jpg

Keluarga paling popular di Hollywood ni memang ada ramai pembantu peribadi, jurusolek peribadi dan pengawal peribadi. Kalau orang nak mohon untuk jadi pengasuh kepada anak-anak keluarga ini, dorang akan melalui proses penilaian yang sukar termasuk kena tahu tentang fesyen.

Selain tu, bila berjalan di luar, pengasuh-pengasuh ni kena pastikan yang dorang berjalan di belakang mereka pada setiap masa dan tak boleh menggunakan telefon bimbit ketika bekerja serta tak dibenarkan untuk ambil apa-apa gambar.

Tak cukup dengan itu, pengasuh Kourtney pula perlu memangilnya ‘Madam’ dan akan marah jika dorang terlupa nak gunakan panggilan tersebut. Amboiii

5. Beyonce

Blue Ivy Nannies Beyonce Rules 05 Akm.jpg

Nama pun Queen Bey, jadi tak peliklah kalau penyanyi ni ada permintaan yang pelik dan extra untuk pengasuh anak-anaknya. Ada dakwaan mengatakan, ketika Blue Ivy masih kecil, dia hanya boleh berhenti menangis dengan tarian Single Ladies.

Disebabkan ini, Beyonce dikatakan telah meminta pengasuh-pengasuhnya untuk belajar koreografi lagu tersebut supaya dorang boleh tenangkan Blue Ivy. Macam seronok je boleh menari-menari ni.

6. Gwen Stefani

Mindy Mann Rex Gallery 01.Jpg

Walaupun mempunyai isteri yang boleh dikatakan cantik dan bergaya sepanjang masa, ia tak menjamin suami untuk tak curang dengan pengasuh. Salah seorang yang jadi mangsa adalah Gwen Stefani bila bekas suaminya Gavin Rossdale mempunyai hubungan sulit dengan pengasuhnya, Mindy Mann.

Disebabkan ini, Gwen Stefani sekarang hanya membenarkan lelaki untuk menjadi pengasuhnya malah salah seorang pengasuh lelakinya pernah mengatakan yang dia perlu memakai kostum superhero setiap malam untuk anak-anak Gwen.

7. Julia Roberts

Julia Roberts And Her Three Children Hazel Phinnaeus Henry Enjoy Their Hawaiian Vacation.jpg

Dikatakan, bila pelakon Julia Roberts tengah bekerja dan tak boleh nak tidurkan anak-anaknya, dia akan suruh pengasuhnya pakai rambut palsu berwarna merah.

Julia berharap yang bila pengasuh pakai rambut yang sama dengannya, anak-anaknya akan ingat yang dia sendiri ucap ‘selamat malam’ dan bukan semata-mata pengasuh. Julia Roberts mempunya tiga orang anak bersama suaminya yang merupakan seorang sinematografer.

Alahai pelik-pelik sungguh permintaan dorang ni. Tapi kalau ada duit semua benda boleh kan?

Sumber: The Daddest, Mommyish

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *