Siapa yang tidak kenal 7-Eleven Malaysia, kedai serbaneka kegemaran negara, yang baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan komitmen mereka untuk menyokong pengeluar bahan mentah tempatan.

Dengan tumpuan yang kukuh pada kelestarian dan kualiti, 7-Eleven Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan kira-kira 160 pengeluar  dan pembekal tempatan dalam memastikan bekalan yang tetap bagi bahan mentah yang sering digunakan dalam menghasilkan rangkaian produk mereka.

Selain itu, rangkaian pengeluar tempatan 7-Eleven Malaysia yang dipercayai ini terletak secara strategik di sepanjang Lembah Klang, kawasan utara, dan selatan negara. Mereka bakal membekalkan pelbagai jenis bahan mentah, termasuk beras, sayur-sayuran, daging ayam, herba dan rempah, barang roti, dan bahan pembungkusan penting.

Elaine Casap Qghgdbbsnm8 Unsplash

Dalam erti kata lain, dengan menghasilkan makanan dari bahan tempatan pengeluar tempatan, 7-Eleven tidak hanya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, tetapi juga mengurangkan pelepasan karbon yang berkaitan dengan pengangkutan, mencipta peluang pekerjaan, dan memupuk rasa komuniti.

Kerjasama antara 7-Eleven Malaysia dan pengeluar tempatannya ini dimetrai selama 15 tahun dan sebagai sebahagian daripada program Peningkatan Berterusan, sesi maklum balas berkala akan diadakan dengan pembekal.

Ini adalah bagi memastikan dan mengekalkan standard kualiti produk yang ketat selain untuk bersama-sama membangunkan produk baru yang inovatif dalam pasaran.

Page

Selain itu, 7-Eleven Malaysia membayangkan kerjasama ini akan berkembang lebih jauh bagi memenuhi permintaan jualan yang berkembang pesat, peningkatan jumlah, dan harapan pelanggan yang semakin tinggi.

Kerjasama yang lebih rapat dengan pembekal tempatan secara tidak langsung akan menekankan penciptaan produk berkualiti tinggi untuk memastikan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi.

Selain itu, 7-Eleven juga difahamkan bersedia untuk meningkatkan tawaran makanan segar dengan pelancaran kemudahan komisari yang akan datang. Langkah menarik ini memperkukuh hubungan dengan pembekal tempatan dan membawa pilihan makanan yang lebih luas dan lazat untuk pelanggan, menjanjikan transformasi yang menyeronokkan dalam tawaran makanan.

Dalam pada itu, pelancaran kemudahan komisari yang akan datang itu bakal menandakan capaian penting bagi 7-Eleven Malaysia.

Menurut Chef Riza Ismail selaku Pengurus Dapur Pusat 7-Eleven, dia berterima kasih kepada pengeluar tempatan dan pembekal atas sokongan dan dedikasi yang tidak goyah. Dalam masa yang sama, dia juga berbangga untuk menggunakan bahan tempatan bagi mencipta hidangan segar dan lazat untuk pelanggan.

Kv Poster 1

Salah satu contoh produk yang korang boleh dapatkan di lebih 700 cawangan 7CAFé dan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia ialah rangkaian sandwich dengan resipi terbaharu seperti Spicy Lime Sardine, Tuna Mayo Sandwich dan pelbagai lagi dengan harga bermula dari RM 4.90.

Bila dah ada pelbagai jenis sandwich dan pelbagai lagi makanan yang menarik dan sedap ni, pastinya ramai akan menjadikan 7Eleven atau 7CAFé ni ‘port’ breakfast terbaharu lah lepas ni!

Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama kita sokong pengeluar dan pembekal ‘lokal’ di 7-Eleven. Muat turun aplikasi My7E untuk menerima pelbagai maanfaat seperti promosi khas, kutipan mata dan pelbagai lagi jika korang daftar sebagai My7E member.

Sumber: 7-CAFé

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *