Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang bertindak membuang sihir sebuah kedai yang ditemuinya terlekat pada siling.

Dalam video tular sama, dapat dilihat lelaki tersebut mencabut sesuatu seakan-akan helaian kertas daripada siling. Ketika didedahkan, boleh nampak ada beberapa batang jarum yang dicucuk pada kain kuning.

Menurut komen lelaki tersebut dalam video sama, dia boleh merasakan ada sesuatu yang tidak kena di kawasan tersebut sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.

@kangafif_84♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Artikel berkaitan: ‘Sebabkan dendam orang kat mummy’ – Kucing Jadi Mangsa Sihir Gara-gara Orang Dengki Dekat Tuan

Artikel berkaitan: ‘Saya tak dapat berjalan, rasa seperti dibakar’ – Diva AA Mohon Jangan Hantar Sihir

Di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya terkejut dengan cara sihir tersebut disorokkan.

Ada juga netizen tertanya-tanya siapakah yang menampal sihir tersebut pada siling kedai kerana keadaannya yang tersorok dan diselaputi cat.

“Maksudnya orang yang plaster cat/siling tu la. Mesti dia tahu,” kata seorang pengguna.

“7 batang jarum bermaksud 7 hari kedai sunyi tanpa pelanggan. Itu bermakna hari-hari kedai tidak akan ada pelanggan,” kata papa.

“Tak terfikir macam itu diletaknya. Ingatkan tanam je,” kata seorang lagi pengguna.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *