Sejak beberapa dekad, teori konspirasi berjaya tersebar dan mempengaruhi ramai orang akibat wujudnya medium seperti media sosial yang mampu memperbesarkan lagi sesuatu isu atau menularkan maklumat-maklumat yang tidak tepat.

Biasanya teori konspirasi ini akan wujud apabila berlakunya kematian dalam skala yang besar macam pandemik Covid-19 atau kematian orang terkenal seperti Princess Diana dan Michael Jackson.

Biasanya orang-orang yang percaya dengan teori konspirasi ini akan menjadi mangsa kepada cemuhan ramai namun begitu, ada juga teori konspirasi yang pernah berlegar sebagai khabar angin kemudiannya disahkan benar-benar berlaku.

Dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa teori konspirasi yang boleh dikatakan tak masuk akal tapi benar-benar berlaku. Mesti korang akan fikir dua kali lepas dengar pasal apa-apa teori konspirasi lepas baca artikel ni.

1. Projek bayi mati

Graverobbing O

Ketika peristiwa bom nuklear yang dijatuhkan di bandar Hiroshima dan Nagasaki Jepun, pihak kerajaan Amerika Syarikat telah menjalankan kajian besar-besaran untuk mengukur kesan nuklear terhadap badan manusia.

Teori konspirasi: Kerajaan telah mencuri mayat untuk melakukan ujian radioaktif.

Kebenaran: Kerajaan telah mencuri beberapa bahagian mayat kerana mereka memerlukan tisu badan muda. Jadi, mereka telah merekrut ejen di serata dunia untuk mencari bayi dan kanak-kanak yang baru meninggal dunia dan mengambil sampel atau anggota badan tanpa pengetahuan atau izin dari keluarga mereka.

2. John Lennon

Yoko Ono John Lennon Deportation Hearing 70Db4Ff250C077D4087Cf0B563A4Aa1B08Dc2250

Teori Konspirasi: FBI mengendap bekas kumpulan The Beatles, John Lennon.

Kebenaran: John Lennon dianggap sebagai ancaman selepas mengeluarkan lagu-lagu anti perang seperti Give Peace a Chance yang sekaligus memburukkan kerajaan di bawah pimpinan Richard Nixon. Disebabkan ini, pada tahun 1971, pihak FBI telah meletakkan John Lennon di bawah pemantauan mereka dan pihak imigresen Amerika Syarikat di sana juga pernah cuba untuk menghantarnya pulang ke negara asal.

3. Syarikat tembakau tahu rokok sebabkan kanser

Camels Doctors Whiteshirt 799X1024 1

Teori konspirasi: Selama bertahun-tahun, syarikat tembakau telah cuba untuk sembunyikan bukti bahawa merokok adalah satu tabiat yang membawa maut.

Kebenaran: Pada awal 1950-an, pengkaji menemui bukti hubungan di antara merokok dan kanser paru-paru. Namun begitu, hanya pada akhir 1990-an, pemilik pembuat rokok terbesar Amerika Syarikat Phillip Morris mengaku bahawa merokok boleh menyebabkan kanser.

4. Kanada ada mesin mengesan homoseksual

7F3123227193A0D88D2C63Aa64Cb5543

Konspirasi: Kerajaan Kanada terlalu paranoid dengan homoseksualiti telah mencipta mesin pengesan homoseksual ‘gaydar’.

Kebenaran: Pada tahun 1960, kerajaan telah mengupah seorang profesor untuk mencipta cara bagi mengesan homoseksual dikalangan pekerja kerajaan. Profesor ini telah mencipta mesin untuk mengukur pergerakan anak mata ketika melihat imej erotik seks sesama jenis.

Kerajaan Kanada telah menggunakan mesin ini untuk memecat lebih dari 400 lelaki dari penjawat awam, tentera dan pihak polis.

5. Iluminati dan NSA

C7Gyxe3Teqvvfgdzdvxdtt 1200 80

Teori konspirasi: Iluminati merupakan organisasi rahsia yang mengawal dunia dan turut bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA).

Kebenaran: Terdapat perhubungan di antara Iluminati dan NSA. Ini kerana, Illuminati kalau diterbalikkan menjadi Itanimulli, kalau korang taip perkataan ni di google search korang akan masuk laman web NSA. Dikatakan, organisasi ini turut disertai oleh personaliti terkenal, pelakon, dan orang-orang besar.

Peh, apa teori konspirasi yang korang pernah baca dan percaya?

Sumber: Readers Digest, Teen Vogue

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *