Kadang-kadang tu ada satu hari tu kita nak habiskan masa dengan tengok Netfix je kan? Tapi pada masa yang sama kita susah juga nak commit dengan siri TV yang panjang sebab tak ada masa.

Jadi kalau korang nak cari K-drama yang tak ambil banyak sangat masa korang dan boleh habis dalam kurang dari 10 episod, dekat bawah ni ada cadangan K-drama yang korang boleh tonton dan habiskan dalam masa sehari je. Jom!

1. Bloodhounds – Netflix

P24811642 B V9 Aa

Selepas setahun menghabiskan latihan ketenteraan, Woo Do-hwan kembali semua dalam dunia K-drama di dalam siri TV bertajuk Bloodhounds bersama Lee Sang-yi dalam cerita penuh aksi ni.

Ia mengisahkan tentang dua peninju berbakat, Kim Gun-woo dan Hong Woo-jin yang telah menceburi dunia tinju amatur ini bagi memenangi wang untuk keluarga mereka. Dua peninju ini bertemu apabila mereka telah dipertemukan dalam satu perlawanan tinju. Walaupun Gun-woo berjaya memenangi pertarungan tersebut, dua peninju ini telah menjadi kawan.

Apabila peminjam tanpa lesen mula menyasarkan ibu Gun-woo, Woo-jin telah membantunya. Terdesak, Gun-woo telah menjadi pengawal peribadi kepada satu ah-long lain yang berjanji untuk membantu membayar hutangnya sekiranya dua peninju ini bersetuju untuk menjatuhkan seorang penjenayah terbesar.

Jumlah episod: 8

Artikel berkaitan: “Macam-macam genre ada”- 8 K-Drama Terbaru Tahun 2022 Yang Wajib Anda Tonton Sampai Episod Akhir

 

Artikel berkaitan: “Versi low budget”- [VIDEO] Parodi K-Drama ‘All Of Us Are Dead’ Ini Buat Ramai Berdekah!

2. Lies Hidden in My Garden – Prime Video

Lies Hidden In My Garden Poster Kdramadiary E1684230350192.Jpg

Joo-ran yang bahagia dalam perkahwinannya sangat berbangga dengan kehidupannya serta mempunyai seorang anak lelaki yang bijak. Manakala Sang-eun pula merupakan mangsa penderaan rumah tangga yang dah lama merancang untuk melarikan diri.

Joo-ran tiba-tiba mempunyai masalah bau busuk yang datang dari laman belakang rumahnya. Ketika dia risau dengan bau tersebut, wanita ini telah bertemu dengan Sang-eun dan pertemuan ini telah menukar kehidupan mereka dengan cara yang tidak boleh dibayangkan.

K-drama yang penuh misteri, suspen dan rahsia yang mengejutkan ini confirm akan buat korang tak boleh nak stop tengok.

Jumlah episod: 8

3. Black Knight – Netflix

Mv5Bmwq5Mdi5Zgetogrjni00Zdlmlwflzjctzte0Nwziyjdhyjrmxkeyxkfqcgdeqxvymtezmti1Mjk3. V1

Kim Woo-bin merupakan watak utama siri TV bertemakan sci-fi pasca-apokaliptik yang berlatar belakangkan tahun 2071.

Ketika ini, kebanyakan populasi manusia dan bumi telah dilenyapkan oleh pertembungan komet dan apa yang tinggal pula didedahkan dengan pencemaran udara yang boleh membawa maut. Manusia yang terselamat dari bala tersebut pula perlu memakai pelitup muka bagi membolehkan mereka bernafas.

Semenanjung Korea telah menjadi tanah terbiar dan orang yang membantu manusia-manusia yang tinggal pula dipanggil sebagai Knights. Mereka merupakan ejen elit yang ditugaskan untuk menghantar barangan keperluan asas dan oksigen. Salah seorang knight yang terkenal merupakan 5-8 yang tak teragak-agak untuk melancarkan perang ke atas ahli perniagaan korup yang mengawal bekalan tersebut.

Jumlah episod: 6

4. Love to Hate You – Netflix

Mv5Bnge3Mdlkztitmwvlmy00Mthilwfmn2Mtytliyzfhnjgyyjk2Xkeyxkfqcgdeqxvynji4Ndy5Odm@. V1 Fmjpg Ux1000

Drama komedi romantik ini mengisahkan tentang seorang peguam Yeo Mi-ran dan seorang superstar Nam Kang-ho.

Mi-ran bekerja dengan firma undang-undang hiburan ini merupakan seorang yang keras kepala dan mempunyai fokus untuk menjadi lebih baik dan tak mempunyai minat untuk bercinta. Manakala Kang-ho pula merupakan seorang yang skeptik dan sangat tak percayakan wanita. Mereka bertemu apabila terpaksa bekerja bersama-sama.

Jumlah episod: 10

5. Mask Girl – Netflix

P25267461 B V13 Aa

Kim Mo-mi mempunyai sifat kurang keyakinan diri tentang penampilannya serta tubuh badannya. Dia menjalani kehidupan yang biasa. Tapi wanita ini rasa bebas apabila dia berubah menjadi mask girl di media sosial dan mula membuat video-video seksi.

Joo Oh Nam, rakan kerjanya yang turut mempunyai masalah kurang keyakinan diri pula mula menyukai persona mask girl. Plot cerita ini mula berubah menjadi suspen apabila rahsia tentang mask girl mula terbongkar.

Jumlah episod: 7

Sumber: GQIndia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *