23 tahun menanti anak

23 Tahun Menanti Anak, Lelaki Tak Dapat Sorok Kegembiraan, Lakukan Sujud Syukur

Anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga dan mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasti ternanti-nanti dengan kehadiran si kecil dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun, dalam hidup ini tidak semua yang diminta akan diberikan dengan segera kerana ketentuan Allah itu, tiada siapa yang dapat mengetahuinya.

Pun begitu, tidak bagus untuk pasangan berputus harap untuk mendapatkan zuriat dan lebih baik untuk percaya dengan setiap takdir yang ditetapkan oleh Maha Esa.

Allah itu sifatnya Maha Mendengar, jadi semua keluhan, tangisan, kegembiraan yang diluahkan hakikatnya telah didengariNya.

Kemungkinan apa yang diminta itu tidak kena pada waktunya dan Allah tahu bila yang terbaik untuk kita menerima sesuatu, yang pasti kita hanya perlu bersangka baik dengan-Nya.

BACA: Pesanan Emak, Gambar Kenangan Terakhir – Anak

Pasangan dikurniakan anak selepas 23 tahun menanti

Seperti yang dirasai oleh pasangan ini, di mana Allah kurniakan zuriat kepada mereka selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu dikongsi oleh @islamicfreedom pada Isnin di platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Setelah menunggu selama berpuluh tahun, Allah menghadirkan anak perempuan kepada pasangan tersebut, memakbulkan doa yang sering dikirim mereka.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki yang dikatakan sebagai ayah kepada anak itu, melakukan sujud syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak mereka.

Pasangan dari Algeria itu menantikan kehadiran si kecil selama bertahun lamanya dan pada Isnin, Tuhan menukarkan doa itu kepada realiti.

“Momen yang indah…”

Perkara itu membuatkan lelaki tersebut bersyukur tidak terhingga dan menzahirkan rasa berterima kasih kepada Maha Pencipta dengan melakukan sujud syukur.

“Momen yang indah. Sepasang suami isteri dari Algeria dikurniakan anak perempuan selepas menunggu selama 23 tahun,” memetik kapsyen yang ditulis.

Dalam perkongsian itu, gambar bayi turut dipaparkan dan boleh dilihat anak kecil itu memiliki wajah yang comel dan suci.

Situasi itu membuatkan warga maya turut gembira kerana pasangan itu tidak berputus asa dalam mendapatkan zuriat walaupun terpaksa menunggu berpuluh tahun lamanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur dan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Momen terharu itu juga mampu membuatkan netizen berasa sedih susulan dapat merasai keperitan yang dilalui oleh pasangan terbabit.

Difahamkan kisah menyentuh hati ini dipercayai terjadi sekitar 2016 lalu, sebelum kembali tular semula di media sosial akhir-akhir ini.

A beautiful moment…

A couple from Algeria have a baby girl after waiting for 23 years 🩷 pic.twitter.com/lf9ErQJ5jP

— 𝕀𝕊𝕃𝔸𝕄𝕀ℂ 𝔽ℝ𝔼𝔼𝔻𝕆𝕄 🌐 (@islamicfreedom) September 3, 2023

Sumber: @islamicfreedom/X

The post 23 Tahun Menanti Anak, Lelaki Tak Dapat Sorok Kegembiraan, Lakukan Sujud Syukur appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *