Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ambil Kira Konsep Rekaan Terkini

Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ambil Kira Konsep Rekaan Terkini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu, menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Beliau berkata pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.

“Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

“Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan berupa baju berkolar, baju T dan jaket dip..

Van Bertembung Dengan Kereta, 13 Individu Termasuk 10 Pelajar Cedera

Van Bertembung Dengan Kereta, 13 Individu Termasuk 10 Pelajar Cedera

13 individu termasuk 10 pelajar sekolah menengah dilaporkan cedera dalam kemalangan jalan raya apabila van bertembung dengan kereta berhampiran Pusat Latihan Dakwah Sikuati pada petang Isnin.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.20 petang dan dua daripada mangsa mengalami kecederaan parah kerana tersepit dalam kenderaan Proton Saga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Isyak Jabas, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 6.29 petang.

Menurut beliau, sembilan anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 21 kilometer dari BBP Kudat.

“Menurut komander operasi, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah van yang dinaiki 10 pelajar sekolah bersama seorang pemandu dan bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki dua mangsa

“Dalam kejadian itu, dua mangsa tersepit di dalam Proton Saga namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomb..

Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja

Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja

JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) — Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan tiga remaja berusia 15 tahun dipercayai kerana enggan memasuki kongsi gelap.

Tertuduh, 20, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan tiga remaja berkenaan dengan memukul mereka menggunakan tangan dan kakinya, di kawasan semak belakang taman permainan Taman Mutiara Rini, Skudai, pada 8 malam, 15 Jun.

Mahkamah menjatuhi Lim hukuman denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam Jason Tan Ka Yan dan Mohamed Imran Mohamed Sam.

Mengikut fakta kes, tiga mangsa berusia 15 tahun itu berada di sebuah pusat beli-belah di Skudai sebelum didatangi 10 remaja, yang memaksa mereka menyertai sebuah kumpulan kongsi g..

Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Lelaki yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu ditemui maut dalam sebuah kereta yang berada dalam longkang di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an, dipercayai memandu kereta itu sebelum mengalami kemalangan di lokasi tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 3.01 petang.

“Bomba menerima panggilan berkaitan kes bantuan kepada pihak polis bagi urusan mengambil mayat di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa telah..

Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Penemuan rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, pada Isnin seolah-olah memberikan petunjuk baru dalam kes seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak sebulan yang lalu.

Di lokasi penemuan tersebut, turut ditemui sebuah motosikal yang hampir sama dengan motosikal yang digunakan oleh Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, berdasarkan nombor pendaftaran seperti dimaklumkan semasa kehilangannya.

Motosikal tersebut ditemui tersangkut di celah batang pokok berdekatan dengan kebun durian, bersama-sama dengan jaket dan topi keledar.

Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor segera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka tersebut.

Hafiz Fauzan, seorang pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Agama Parit Raja, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada malam 25 Mei lalu untuk menonton perlawanan bola sepak bersama ..

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas tersepit dalam kereta yang dipandunya, yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas berdekatan Majlis Perbandaran Sungai Petani, pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim, menyatakan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 2.20 petang.

Menurut Muhamad Syukri, PGO Kedah telah mengarahkan sebuah jentera dari BBP Tikam Batu bersama tujuh anggota untuk menuju ke lokasi kejadian, dan mereka tiba pada jam 2.27 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan akibat kemalangan. Tindakan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Muhamad Syukri berkata, mangsa yang berusia 71 ..

“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur

“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur

Pernah tengok tak riak wajah dan reaksi wanita ‘membawang’ sesama mereka?

Siapa saja yang tidak tahu kalau ‘membawang’ adalah rutin ‘wajib’ golongan wanita, terutamanya bila mereka berkumpul dengan rakan baik sendiri.

Ada yang tersengih, ada yang geleng kepala tak percaya atau tak sangka dengan berita yang didengari di cuping telinga, ada juga yang menyampuk dengan soalan-soalan panas.

Orang cakap, kebiasaan inilah tanda persahabatan, dan waktu itulah segala bentuk dan genre cerita dikongsikan.

Baru-baru ini, satu video dikongsikan oleh pengguna TikTok, @yfg1231, memaparkan sekumpulan wanita kelihatan ‘membawang’ telah meraih perhatian warga maya di laman TikTok.

@yfg1231
Starter pack baju hijau tu tarik lengan baju

♬ sarang dosa – ALIAN TANJUNG

Video yang mencecah 900 ribu jumlah tontonan itu menampilkan tiga orang wanita yang mungkin rakan baik, seolah-olah sedang mengadakan ‘perbincangan’ ya..

Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

SEOUL, 24 Jun (Bernama-Yonhap) — Kebakaran berlaku di kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul pada Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja maut dan tiga lagi cedera, menurut pihak bomba yang dipetik oleh Yonhap.

Kebakaran bermula di kilang pengeluar bateri litium Aricell di Hwaseong, 45 kilometer di selatan Seoul, sekitar 10.30 pagi waktu tempatan. Usaha memadam kebakaran masih diteruskan pada awal petang.

Pekerja yang meninggal dunia dibawa ke hospital selepas mengalami serangan jantung manakala seorang lagi cedera parah dan dua mengalami kecederaan ringan, menurut pihak bomba. Sekurang-kurangnya 21 lagi dipercayai masih terperangkap di dalam kilang.

Kebakaran dilaporkan bermula di bangunan tiga tingkat berstruktur konkrit bertetulang yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 2,300 meter persegi.

Pihak bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran sepenuhnya kerana bateri..

Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat

Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat
PETALING JAYA, 23 Jun 2024 – Sempena Hari Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18 tahun 2024, MamyPoko, jenama lampin seluar bayi terkemuka di Malaysia, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), telah menjalinkan kerjasama melakukan aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan jentik-jentik di rumah pangsa Medan 32, sebuah lokasi “hotspot” demam denggi.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR jenama ini yang berterusan, dan kempen #MamyPokoAgainstDengue, telah dilancarkan secara aktif tahun lepas bersama-sama pelancaran MamyPoko ANTIMOS Pants pertama di dunia di Malaysia.

Pelancaran MamyPoko ANTIMOS Pants didorong oleh peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Dicipta dan dibangunkan oleh Uni-Charm R&D Jepun, lampin seluar ini memberikan ibu bapa Malaysia cara yang berkesan, selamat dan mudah untuk melindungi bayi mereka daripada gigit..

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

RANAU, 24 Jun (Bernama) — Kejadian tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu sekitar Mesilou, Kundasang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergerak ke tempat kejadian dan pemantauan masih dilakukan hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua BBP Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan berhampiran lokasi runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu
Dalam pada itu seorang pemilik inap desa di Mesilou Ahmad Raqif Hamzali, 47, berkata penduduk di kawasan itu merasai gegaran sekitar 9 hingga 10 pagi.

“Bila lihat macam ada air turun dari atas gunung (Gunung Kinabalu)..