Bukan Setakat Tajaan Pendidikan, Ini Sebab Lain Orang Berebut Nak ‘Apply’ Biasiswa PETRONAS

Bukan Setakat Tajaan Pendidikan, Ini Sebab Lain Orang Berebut Nak ‘Apply’ Biasiswa PETRONAS

Memilih haluan masa depan pelajaran bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil remeh. Jika tersilap langkah, mungkin akan membawa padah seperti tidak dapat hadami silibus yang telah ditetapkan atau lebih teruk mungkin tidak dapat meneruskan pengajian sehingga ditauliahkan. Disebabkan itulah kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memilih sebaik-baiknya jurusan yang akan mereka belajar di kampus kelak.

Selain daripada jurusan yang perlu difikirkan, salah satu lagi tumpuan pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM adalah untuk mendapatkan biasiswa pelajaran dalam atau luar negara. Antara biasiswa yang sering dicari adalah tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh PETRONAS yang sekian ramai sedia maklum adalah antara yang terbaik di Malaysia. Tapi, apa yang menariknya dengan tajaan pendidikan PETRONAS ni?

Tajaan Pendidikan PETRONAS (Lepasan SPM) – Biasiswa PETRONAS

Tajaan Pend..

Penduduk Luah Rasa Lega Selepas Pemilik Kolam Halalkan Kelisa Yang Ditangkap

Penduduk Luah Rasa Lega Selepas Pemilik Kolam Halalkan Kelisa Yang Ditangkap

Penduduk Kampung Tengah Renggam berasa lega apabila ribuan ikan hiasan yang hanyut sebelum ditangkap orang ramai telah dihalalkan oleh pemilik kolam takungan ikan kelisa yang pecah pada Rabu lalu.

Menurut Sinar Harian, tinjauan yang dibuat pihaknya mendapati penduduk tempatan kini tertumpu ke kawasan anak sungai dan parit yang dipenuhi ikan perhiasan tersebut.

Difahamkan, penduduk-penduduk menangkap ikan kelisa berkenaan untuk dijual atau dibawa pulang, sama ada untuk dijadikan ikan peliharaan atapun dijadikan hidangan.

Menurut seorang penduduk yang berusia 65 tahun berkata penduduk kampung pada awalnya tidak menyangka wujudnya kolam ikan besar yang menempatkan ikan kelisa di kampung berkenaan.

Tambahnya, penduduk kampung mula memenuhi kawasan anak sungai dan parit untuk menangkap ikan-ikan tersebut selepas berita mengenai kolam takungan berisi ikan itu pecah.

“Apabila tiba-tiba kolamnya pecah Rabu lalu,..

Ini Empat Tip Penting Untuk Mohon UPU Online

Ini Empat Tip Penting Untuk Mohon UPU Online

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin lalu telah menyaksikan seramai 11,713 calon yang mendapat keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Manakala, seramai 226,358 daripada 373,255 calon telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213, 624 calon pada tahun 2022.

Bercakap mengenai keputusan SPM ini, pelajar semestinya sedang mengorak langkah untuk memasuki ‘fasa’ baharu kehidupan mereka iaitu untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Seperti yang diketahui, sebelum memasuki mana-mana universiti, mereka perlu melakukan permohonan. Selain memilih universiti, mereka juga perlu menitikberatkan mengenai bidang yang diminati.

Bagi permohonan ke universiti awam, pelajar perlu memohon menerusi UPU Online dan diberi peluang untuk menyenaraikan 12 program pilihan.

Permohonan UPU fasa pertama telah dibuka pada Februari hing..

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta Toyota Vios di Kampung Parit Baru, Kayu Ara Pasong di Pontian, Johor hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat di dalam sebuah kereta di hadapan reban ayam itu pada jam 12.45 tengah hari.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, mendapati mayat lelaki tempatan berusia 31 tahun yang berada di kerusi pemandu itu dipercayai telah mati beberapa hari.

“Ia berdasarkan keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan.

“Siasatan awal juga mendapati si mati merupakan orang yang pernah dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu. Pihak keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian dan diminta hadir ke Hospital Pontian untuk pengecaman.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Pontian untuk proses bedah siasat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, kes tersebut setakat i..

Cemerlang Sukan & Akademik, Kapten Perak FC IV Raih 9A SPM

Cemerlang Sukan & Akademik, Kapten Perak FC IV Raih 9A SPM

Beberapa hari yang lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah diumumkan dan seramai 373, 525 calon yang menduduki peperiksaan itu telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing.

Menurut Bernama, seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

Cemerlang dalam serta di luar padang, Kapten Perak FC IV dapat 9A SPM

Dalam masa sama, terdapat beberapa nama daripada kalangan atlet tanah air yang sedang bergiat aktif dalam sukan turut mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama negara itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Perak Football Club, Mohamad Nasrudin Bin Ahmad Hayeekaji yang merupakan Ketua Pasukan Perak FC IV dilapor berjaya..

Indonesia Bakal Uji Teksi Terbang Di Nusantara Julai Ini

Indonesia Bakal Uji Teksi Terbang Di Nusantara Julai Ini

Indonesia dilapor bakal menguji penggunaan teksi terbang pertamanya di ibu kota baharu, Nusantara pada Julai ini.

Menurut CNA, ujian yang diadakan itu sebagai persediaan menjelang pertunjukkan pada sambutan Hari Kemerdekaan, 17 Ogos nanti.

Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono berkata beberapa komponen penting kenderaan tersebut sudah pun tiba di Balikpapan, Kalimantan Utara pada Rabu lepas.

Manakala komponen bateri pula berada di Jakarta dan akan dihantar dengan kapal ke Samarinda, iaitu sebuah bandar berdekatan di Kalimantan Utara.

Beberapa siri ujian akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan selepas semua komponen yang diterima diperiksa dan dipasang.

Difahamkan, teksi terbang berkenaan mampu membawa lima orang penumpang dalam satu-satu masa.

Mampu muat lima penumpang, Indonesia uji teksi terbang di Nusantara Julai ini

Dengan pengumuman itu, Indonesia kini menyertai beberapa negara lain antarany..

Tak Mahu Penduduk Dikecam, Pemilik Kolam Halalkan Semua Ikan Kelisa Yang Ditangkap

Tak Mahu Penduduk Dikecam, Pemilik Kolam Halalkan Semua Ikan Kelisa Yang Ditangkap

Pemilik kepada kolam ikan kelisa di Layang-Layang, Kluang yang pecah baru-baru ini telah menghalalkan ikan-ikan yang hanyut dan ditangkap oleh orang ramai.

Hanya mahu dikenali sebahai Ng, dia berkata keputusan itu dibuat kerana usaha untuk mendapatkan kembali kira-kira 15,000 hingga 18,000 ikan yang terlepas itu adalah mustahil.

Malah, dia juga percaya ikan-ikan yang terlepas itu hanyut ke merata tempat dan tidak tertumpu di kawasan berhampiran sahaja.

Oleh itu, Ng yang sudah terlibat dalam industri ternakan ikan kelisa sejak 35 tahun lalu berharap tiada pihak yang menyalahkan atau terus mengencam penduduk kampung yang tinggal berdekatan kolam ternakannya.

Pemilik kolam halalkan ikan kelisa yang terlepas dan ditangkap penduduk kampung

“Perkara sudah berlaku dan di luar kawalan saya. Saya mahupun orang kampung tidak bersalah, jangan mengecam kejadian ini kerana ia berlaku tanpa diduga.

“Saya sudah ..

Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Tampal Pelekat Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Tampal Pelekat Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Polis Diraja Malaysia telah menahan sepasang suami isteri yang disyaki telah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera di Kajang.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pasangan suami isteri warga tempatan yang masing-masing berumur 20-an itu ditahan di sekitar daerah yang sama pada Jumaat.

“Laporan berkaitan kejadian diterima pada semalam (Khamis), susulan itu siasatan segera dijalankan sehingga membawa kepada tangkapan dua suspek.

Suami isteri diberkas, disyaki tampal pelekat bendera Israel di restoran makanan segera

“Selain itu, turut dirampas sebuah kenderaan digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambah Hussein, ujian air kencing yang dibuat ke atas kedua-dua suspek juga didapati positif.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 504 dan 427 Kanun Keseksaan…kertas siasatan dibawah 15 (1) Akta Dadah Berbahaya akan dibuka seirin..

Polis Sedang Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Anggota Pengiring Didakwa Pukul OKU – KPN

Polis Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Anggota Pengiring Didakwa Pukul OKU – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang anggota pengiring yang didakwa memukul seorang orang kelainan upaya (OKU) pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan yang dibuat berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi pihaknya.

“Pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.

“Langkah ini diambil bagi memastikan siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh dan semua pihak yang terlibat dapat memberi keterangan mereka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tambah Razarudin, keutamaan dalam setiap siasatan yang dijalankan polis adalah untuk memastikan tiada pihak yang terlepas daripada tanggungjawab di atas perbuatan mereka.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan ..

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Ketika Tawaf

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Ketika Tawaf

MAKKAH, 31 Mei (Bernama) — Seorang jemaah haji lelaki berusia 58 tahun dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di Makkah akibat serangan sakit jantung pada Rabu lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semasa kejadian, Allahyarham Mohd Zahir Ismail dari Maktab 78 dilaporkan dalam keadaan berihram dan sedang menunaikan tawaf umrah pertama bersama-sama isteri dan jemaah dari maktab sama sebelum rebah di mataf (kawasan tawaf di sekitar Kaabah).

“Allahyarham adalah daripada penerbangan KT66 yang baru sampai di Makkah pada 29 Mei dan pada waktu malam selepas Isyak, kita anjurkan mereka semua laksanakan umrah pertama.

“Namun beliau tiba-tiba telah jatuh akibat serangan jantung di tempat tawaf,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

BACA JUGA: Seorang Bakal Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah
Beliau berkata Allahyarham kemudian..