Kemunculan Fenomena Pelangi Api Di Utara Ohio Tarik Perhatian Warga Maya

Kemunculan Fenomena Pelangi Api Di Utara Ohio Tarik Perhatian Warga Maya

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan pelangi api yang memukau penduduk di Oak Harbour di barat laut Ohio, Amerika Syarikat Khamis lalu, lapor Live 5 News.

Dalam klip berdurasi 40 saat itu menunjukkan cahaya tak ubah seperti warna pelangi yang berpusar di atas awan.

Menurut jabatan pemantau cuaca, fenomena itu dikenali sebagai ‘Pelangi Api’ atau Cloud Iridescence. Fenomena itu terbentuk disebabkan hablur ais kecil pada awan membelau cahaya matahari.

Perkara ini sekaligus menyebabkan spektrum cahaya kelihatan. Proses ini sama hampir serupa dengan pembentukan pelangi namun pelangi api berlaku pada awan sirus di latitud tinggi.

Cloud iridescence over Ohio, USA
pic.twitter.com/gPu1MKfp7p

— Science girl (@gunsnrosesgirl3) April 29, 2024

Sementara itu, dalam satu hantaran di laman X, ia memaparkan video fenomena yang jarang berlaku itu.

Dalam masa yang sama, pengguna platform tersebut turut menyatakan kete..

Kenali Benih Padi PR23, Tanam Sekali Tapi Boleh Tuai 8 Kali Dibangunkan Saintis China

Kenali Benih Padi PR23, Tanam Sekali Tapi Boleh Tuai 8 Kali Dibangunkan Saintis China

Secara umumnya, tanaman padi merupakan tanaman terpenting di negara kita kerana daripada padi terhasillah beras yang menjadi makanan asas rakyat Malaysia.

Selain Malaysia, masyarakat Asia rata-ratanya turut menjadikan beras sebagai makanan ruji mereka. Jadi tak hairanlah, banyak pihak di pelbagai negara di benua ini terlibat dalam pelbagai penyelidikan untuk menghasilkan benih padi terbaik.

Benih padi yang baik bukan sahaja perlu tahan penyakit dan bencana alam, malah paling utama adalah mampu menghasilkan tuaian yang cukup untuk memenuhi permintaan pengguna.

Perennial Rice adalah tanaman padi tidak perlu ditanam setiap tahun

Salah satu negara yang giat menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan benih padi yang terbaik adalah China. Menurut Statista, China merupakan negara pengguna dan pengeluar beras terbesar di dunia.

Misalnya pada 2023, statistik menunjukkan jumlah pengambilan beras di China..

Isu Tular: Chery Kenalpasti 600 Omoda 5 Berpotensi Terjejas, Dipanggil Untuk Pemeriksaan

Isu Tular: Chery Kenalpasti 600 Omoda 5 Berpotensi Terjejas, Dipanggil Untuk Pemeriksaan

Chery Auto Malaysia memaklumkan isu gandar rasuk belakang Omoda 5 milik seorang pelanggan yang dilaporkan rosak sebelum ini sudah pun berjaya diselaikan.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, susulan laporan yang dibuat oleh pelanggan tersebut, pihaknya telah meletakkan langkah berjaga-jaga melibatkan kederaan-kenderaan yang berpotensi terjejas.

“Isu yang dilaporkan oleh pelanggan kami di Facebook baru-baru ini sudah ditentukan sebagai kes terpencil.

“Kami berjaya menangani hal ini dengan menggantikan komponen gandar rasuk belakang dan melaksanakan ujian kawalan kualiti yang komprehensif terhadap kenderaan tersebut.

“Kami boleh mengesahkan bahawa hal ini sudah selesai,” katanya Cherry.

Chery dalam pada itu memaklum pihaknya turut berhubung dengan vendor alat ganti dan melaksanakan analisis terperinci.
“Kami kini dapat mengenalpasti sebanyak 600 unit Omoda 5 yang mungkin berpotensi terjej..

Dakwa Muntah & Mulut Berbuih, JKNT Siasat Kes Lima Sekeluarga Dipercayai Keracunan Makanan

Dakwa Muntah & Mulut Berbuih, JKNT Siasat Kes Lima Sekeluarga Dipercayai Keracunan Makanan

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menjalankan siasatan berhubung isu keracunan makanan membabitkan lima mangsa yang menjadi tular di media sosial sejak Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, isu berkenaan dalam pengetahuan dan siasatan pihaknya.

Tambahnya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan susulan kejadian berkenaan.

“Kita menerima maklumat berhubung video tular dan perkara ini masih dalam siasatan kami.

“Berdasarkan siasatan awal terdapat lima orang terlibat dalam kes ini di mana empat daripadanya telah dimasukkan ke wad

“Bagaimanapun, semua yang terlibat dalam keadaan stabil,” jelas Dr Kasemani seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Lelaki tersebut dan anak sulungnya terselamat

Terdahulu, video yang dikongsikan oleh pemilik sebuah akaun menjadi tular di media sosial dan TikTok.

Menurut laporan S..

Siap Jemput Cikgu-cikgu, Meriah Bekas Pelajar Buat Reunion Di Sekolah & Kelas Lama

Siap Jemput Cikgu-cikgu, Meriah Bekas Pelajar Buat Reunion Di Sekolah & Kelas Lama

Majlis reunion atau pertemuan semula bersama-sama kenalan lama, seperti rakan sekolah sudah menjadi satu trend dalam masyarakat kita.

Malah, bagi sesetengah sekolah atau institusi pengajian, acara melibatkan alumni ini sudah menjadi tradisi wajib yang akan dilaksanakan dalam tempoh-tempoh tertentu.

Sekurang-kurangnya, hubungan persahabatan yang terputus seketika dapat disatukan semula. Pada masa yang sama, acara ini juga dapat mengimbau kembali pelbagai kenangan dan memori manis di ketika menuntut ilmu bersama rakan-rakan.

Dalam pada itu, majlis pertemuan ini biasanya akan diadakan di dewan makan atau restoran bergantung kepada jumlah peserta. Apatah lagi jika alumni semua sudah bekerjaya, pasti lokasi pertemuan yang dipilih akan bertambah gah.

Lain dari yang lain… majlis reunion lelaki ini membuat wargamaya terhibur

Namun begitu, berbeza dengan dengan majlis reunion yang dikongsikan oleh pengguna ..

MB Perlis Disiasat Bawah Seksyen 23 Akta SPRM

MB Perlis Disiasat Bawah Seksyen 23 Akta SPRM

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri itu sejak 2022.

Menurut sumber, Mohd Shukri disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan Mohd Shukri pada kira-kira 11 pagi tadi semasa beliau hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Setelah lapan jam, Mohd Shukri dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Terdahulu, kenderaan Toyota Noah yang membawa Mohd Shukri dilihat meninggalkan pekarangan SPRM pada 6.55 petang tadi, selepas hadir memberi keterangan pada 9.50 pagi.

Pada 28 April lepas, SPRM mengesahkan siasatan dijalankan terhadap seorang pemimpin kanan di utara tanah air ker..

Jabatan Perikanan Dedah Dua Cara Lupus Ikan Bandaraya, Ini Kaedahnya

Jabatan Perikanan Dedah Dua Cara Lupus Ikan Bandaraya, Ini Kaedahnya

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyambut baik tindakan persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk melupus dan menangkap ikan bandaraya, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain, Pejabat Perikanan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terlibat dalam perancangan program bersama komuniti serta agensi-agensi berkaitan untuk mengurangkan populasi ikan berkenaan.

Di samping itu, Adnan turut berterima kasih kepada rakan di luar sana terutama NGO atau persatuan yang mengambil inisiatif melupus dan menangkap ikan bandaraya.

Beliau kemudiannya berkongsi terdapat dua kaedah yang boleh dilaksanakan dalam melupuskan ikan bandaraya.

Dua cara lupus ikan bandaraya didedahkan Jabatan Perikanan Malaysia

“Ada dua kaedah bersesuaian untuk lupus ikan bandaraya ini yang pertamanya adalah ditanam di mana-mana tempat yang sesuai.

“Keduanya ada permintaan untuk dijadikan sebagai baja sama ada ..

Suhu Panas: 10 Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Di Bangladesh

Suhu Panas: 10 Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Di Bangladesh

DHAKA — Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk lapan lelaki dan dua wanita dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba di Bangladesh sejak tujuh hari lalu, lapor Dhaka Tribune.

Perkara itu dimaklumkan oleh Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Tambahnya, dalam tempoh 24 jam sejak 9 pagi tadi telah merekodkan tiga kematian di mana dua daripadanya adalah penduduk Madaripur, manakala seorang lagi berasal dari Chittagong.

Selain itu, lima lagi orang yang mengalami strok haba dimasukkan ke hospital berbeza di negara itu sebelum meninggal dunia.

Sejak 22 April lalu, Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan mengumpul data di hospital kerajaan di seluruh Bangladesh, maklum DGHS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Bangladesh meramalkan gelombang haba ekstrem bakal melanda daerah Jessore, Chuadanga, Pabna dan Rajshahi termasuk bahagian Dhaka dan bahagian lain di bahagian Khulna dan Rajshahi.

Manakala gelo..

Remaja Maut, Terlibat Kemalangan Dengan Treler

Remaja Maut, Terlibat Kemalangan Dengan Treler

BUKIT MERTAJAM — Seorang remaja yang membawa motosikal dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler pada malam semalam, lapor Sinar Harian.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shariff Md Rais.

Katanya, mangsa yang berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Bukit Minyak, Kampung Tok Subuh.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 malam tadi berhubung kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 dengan sebuah treler.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah motosikal berada di bawah treler berkenaan. Selepas membuat ‘size up’, kita menemui mangsa iaitu seorang lelaki di bahagian bawah treler berkenaan,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengesahkan yang mangsa maut ditempat kejadian sebaik sahaja tiba ..

Gunung Ruang Meletus: AirAsia Jadual Semula Penerbangan Antara KL-Tawau, KK-Tawau

Gunung Ruang Meletus: AirAsia Jadual Semula Penerbangan Antara KL-Tawau, KK-Tawau

Capital A melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan beberapa penerbangan Air Asia dari/ke Malaysia Timur hari ini telah dijadualkan semula selepas Gunung Ruang di Indonesia meletus sekali lagi.

Menurut Air Asia, penjadual semula itu melibatkan penerbangan antara KL-Tawau (AK5751 & AK5752) dan KK-Tawau (AK6270 & AK6271).

Ujar syarikat penerbangan itu lagi, para pelanggan penerbangan yang terjejas boleh menyemak status penerbangan masing-masing melalui https://www.airasia.com/flightstatus/en/gb.

“Kami terus memantau keadaan dan akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai perkembangan terkini,” kata Capital A.

BACA: Helikopter Terhempas, Sembilan Tentera Colombia Maut

[TRAVEL ADVISORY]As of 30 April 2024 at 3PM

Impacted AirAsia flights due to the latest Mount Ruang eruption.

As safety is our number one priority, AirAsia flights between Kuala Lumpur and Tawau AK5751 and AK5752 as well as bet..