Pesta Angin Timur Perlis 2024 Tampilkan Pelbagai Aktiviti Menarik

Pesta Angin Timur Perlis 2024 Tampilkan Pelbagai Aktiviti Menarik

KANGAR — Disebalik fasa akhir perubahan Monsun Timur yang melanda utara tanah air, orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai Pesta Angin Timur Perlis 2024 (PAT 2024) yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula esok, 1 Mac.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis itu bakal diadakan bertempat di Kampung Lat Seribu, Tambun, Tulang, Arau, Perlis.

Menurut JKKN Perlis, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di sana.

“Pesta Angin Timur (PAT) merupakan Program Pelancongan berasaskan kebudayaan yang utama di Perlis.

“Mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk ke musim panas yang dibawa angin dari sebelah Timur ke negeri Perlis,” maklumnya.

Gambar: Mahdzir Hasan Det
Sementara itu, menerusi perkongsian Facebook Kedah Version, ia memaparkan panorama lokasi berkenaan.

Kelihatan deretan khemah telah siap dipasang di perkarangan yang dipenuhi rumput-rumput kering menandakan ..

“Auto Window” Tak Naik Turun Automatik? Mekanik Ajar Buat Cara Ini, Masalah Selesai

“Auto Window” Tak Naik Turun Automatik? Mekanik Ajar Buat Cara Ini, Masalah Selesai

Hari ini, hampir semua kereta moden didatangkan dengan fungsi auto window, yang membenarkan cermin tingkap kereta dibuka dan ditutup secara automatik dengan menekan butang sahaja.

Berbeza dengan kenderaan-kenderaan lebih berusia, anda perlu mengayuh satu pedal khas untuk menaikkan atau menurunkan cermin tingkap.

Namun begitu, teknologi ciptaan manusia ini tidaklah terlalu sempurna. Ada kalanya, fungsi auto window boleh terjejas yang berpunca daripada isu-isu tertentu.

Antara masalah biasanya yang dihadapi adalah cermin tingkap tidak dapat dinaikkan atau diturunkan secara automatik. Selalunya, ia berpunca daripada frem pintu, namun dalam keadaan tertentu, puncanya mungkin berbeza.

Misalnya berpunca apabila anda membiarkan terminal bateri dihidupkan terlalu lama. Dalam keadaan itu, sistem automatik cermin tingkap mungkin perlu diset semula.

Anda boleh baiki sendiri tingkap kereta yang ‘sangkut’

Men..

Kisah Peminat Dragon Ball Berjaya Namakan Anak ‘Goku’, Kalau Dapat Sejuta “Likes” Di FB

Kisah Peminat Dragon Ball Berjaya Namakan Anak ‘Goku’, Kalau Dapat Sejuta “Likes” Di FB

Menimang cahaya mata merupakan antara detik yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Apatah lagi bagi pasangan yang sudah sekian lama menanti kehadiran zuriat, penyeri hidup berumah tangga.

Sebagai ibu bapa, anak tersebut akan ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Perhatian akan diberikan setiap masa.

Dalam pada itu, proses menamakan anak juga merupakan antara detik-detik penting yang tidak mahu dilupakan ibu bapa. Biasanya, nama anak sudah pun ada sejak zuriat masih dalam kandungan lagi, kan?

Nama-nama yang dipilih pula sudah tentu sedap sebutannya, enak didengar di telinga dan mempunyai makna yang indah.

Ayah, peminat Dragon Ball berjaya namakan anak Goku

Namun lain pula kisah seorang ayah ini, yang berhajat menamakan anaknya dengan nama yang unik. Kisah ini berlaku kira-kira enam tahun lepas dan dilapor meluas oleh media, termasuk media-media terkenal dunia.

Car..

SB Maut Tertembak Ketika Operasi Siasatan Pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

SB Maut Tertembak Ketika Operasi Siasatan Pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

SIK, 29 Feb (Bernama) — Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas terkena tembakan sewaktu operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas kira-kira 10 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada IPD Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, pada pukul 12 tengah hari, 27 Februari lepas.

“Mereka bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Menurutny..

Ini Senarai Penuh Perkhidmatan Yang Terlibat Dengan Kenaikan Cukai SST Bermula 1 Mac

Ini Senarai Penuh Perkhidmatan Yang Terlibat Dengan Kenaikan Cukai SST Bermula 1 Mac

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dikuatkuasakan sejak 1 September 2018 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST).

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kadar SST dinaikkan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Menurut laporan media, kadar baharu SST akan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

Jadi, SK kali ini ingin berkongsi dengan anda senarai perkhidmatan yang bakal terlibat dengan kenaikan cukai SST.

Menurut Kementerian Kewangan, Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disenarai berdasarkan kepada sembilan kumpulan dalam Jadual Pertama, Peraturan- peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dengan kadar semasa bermula 1 September 2018.

Bagaimanapun, bermula esok, beberapa perkhidmatan di atas akan mengalami kenaikan Cu..

Tiada Hujan Selepas Pembenihan Awan – PBAPP

Tiada Hujan Selepas Pembenihan Awan – PBAPP

GEORGE TOWN, 29 Feb (Bernama) — Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan tiada hujan direkodkan semasa atau selepas dua operasi pembenihan awan dilakukan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang, pada Selasa lepas dan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.

“Jika tiada awan, awan tidak mencukupi atau jika suhu udara terlalu tinggi untuk titisan air terbentuk di awan, pembenihan awan mungkin tidak merangsang sebarang hujan dan ia (pembenihan awan) biasanya boleh merangsang lebih banyak hujan jika terdapat awan hujan pada ketinggian tertentu.

“Oleh kerana tiada hujan direkodkan, dua operasi pembenihan awan itu tidak meningkatkan kapasiti efektif kedua-dua empangan buat masa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PBAPP berharap Agensi Pengurusan ..

Harga 1 Bitcoin Cecah RM303,000, Pertama Kali Sejak Mei 2021

Harga 1 Bitcoin Cecah RM303,000, Pertama Kali Sejak Mei 2021

Harga Bitcoin dilapor berjaya melepasi angka $60,000 buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Pencapaian tersebut menyaksikan matawang kripto utama dunia itu semakin menghampiri rekod tertinggi yang pernah dicatatkan beberapa tahun yang lalu.

Menurut laporan Financial Times, nilai Bitcoin meningkat sebanyak 12.6 peratus untuk mencapai angka $63,968 (RM303,560) pada Rabu. Bagaimanapun, nilai tersebut jatuh semula kepada angka sekitar $60,000 selepas itu.

Peningkatan tersebut menyaksikan secara keseluruhan, nilai Bitcoin telah meningkat sebanyak 42 peratus setakat dua bulan pertama tahun ini.

Harga 1 Bitcoin meningkat, cecah RM303,000 pada Rabu

Pada November 2021, nilai Bitcoin mencecah $69,000 (RM327,429) menjadi paras tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah matawang kripto tersebut.

Menurut pengasas bersama Swarm, peningkatan tersebut dijangka akan mendorong lebih ramai pelabur untuk melabur dalam matawang k..

Gara-gara Lantai Berminyak Penyewa Lama Buat BBQ Dalam Rumah, Pemilik Homestay Terpaksa Cancel Booking

Pemilik homestay terpaksa membersihkan seluruh rumahnya kerana perbuatan penyewa sebelum ini yang membuatkan lantai berminyak dan seluruh fabrik di rumah berbau asap. Menurut perkongsian pemilik homestay tersebut, ia kerana penyewa sebelum ini melakukan aktiviti BBQ di dalam rumah, malah lebih teruk lagi, dikatakan penyewa sebelum ini keluar rumah dengan begitu lewat. Artikel berkaitan : “2.10PM …

Penenun Dari Sarawak Tidak Sangka Dapat Ke Barcelona Dengan Songket Tenunannya

Penenun Dari Sarawak Tidak Sangka Dapat Ke Barcelona Dengan Songket Tenunannya

BARCELONA, 29 Feb (Bernama) — Ramtiniwaiti Ramlee, 38, tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari nanti kain songket yang ditenun beliau dari kampung halamannya di Gedong, sebuah bandar kecil di Sarawak, boleh membawanya mengembara ke seluruh dunia.

Beliau yang mula membuat fabrik tenunan tangan tradisional Malaysia pada usia 20-an, kini berada di Barcelona, ​​Sepanyol untuk mewakili negara dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), inisiatif yang membantu membentuk perniagaan songketnya begitu maju sehingga kini.

Usahawan Nadi yang memenangi anugerah itu berkata beliau terkejut, namun bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia, dan menganggap ia benar-benar amat bermakna dalam dunia beliau dan songketnya.

“Sebelum ini saya dapat anugerah usahawan Nadi terbaik Sarawak, lepas itu saya dijemput mengikuti program di sini. Saya rasa amat terharu dan berte..

Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa

Masalah segelintir pemilik kediaman flat mengubah suai rumah sehingga melanggar akta yang dikuatkuasakan masih lagi menjadi isu hingga kini. Menerusi perkongsian PPIM di TikTok baru-baru ini, terdapat tiga tingkat rumah berbeza membuat pengubahsuaian secara haram dengan menambah pada bahagian tepi rumah flat terbabit. Dapat dilihat dari tingkat bawah hingga tingkat ketiga, seolah-olah mereka sepakat untuk …