Ada 85 Huruf, Ini Salah Satu Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia

Ada 85 Huruf, Ini Salah Satu Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia

Sebut saja New Zealand pasti terbayang betapa indahnya negara itu dengan keadaan muka bumi luas dan gunung ganang yang memukau pandangan sesiapa saja.

Selain itu, negara tersebut telah menjadi destinasi pelancongan yang digemari rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya, negara ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang sesuai untuk percutian dengan keluarga.

Selain menikmati keindahan alam, pelancong boleh melakukan aktiviti yang menarik seperti berkayak, heliskiing, pelayaran, menunggang basikal ke puncak bukit dan bermacam-macam lagi.

Setiap negara mempunyai budaya dan sejarah yang menarik. Dalam pada itu, New Zealand bukan sahaja menawarkan pemandangan yang indah, ia juga memiliki keunikan budaya serta sejarah yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness.

Lebih menarik, di New Zealand juga mempunyai salah satu nama tempat paling panjang di dunia.

Apa nama tempat paling panjang di New Zealand?

Semestinya susah untuk d..

27,344 Ekor Babi Bernilai RM29.5 Juta Dilupuskan Kerana ASF

27,344 Ekor Babi Bernilai RM29.5 Juta Dilupuskan Kerana ASF

BUKIT MERTAJAM, 31 Jan (Bernama) — Sebanyak 27,344 ekor babi dilupuskan selepas dijangkiti demam babi Afrika (ASF) dengan kerugian bernilai RM29.5 juta.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVMPP) Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata kesemua babi berkenaan milik 20 pengusaha ladang babi di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“ASF mula dikesan di negeri ini sejak 3 Jan 2023 hingga 15 Mac 2023 dan sepanjang tempoh tersebut kami telah melupuskan sebanyak 27,344 ekor babi dijangkiti ASF dan semua 20 penternak haiwan tersebut telah menerima pampasan RM6.2 juta.

“Namun pemantauan dan penguatkuasaan oleh JPVNPP diteruskan dari semasa ke semasa di semua 160 ladang ternakan babi dan tempat penyembelihan di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan tiada lagi wabak ASF di negeri ini.

“Selain itu, kami juga mengenakan syarat perlu memohon permit jika mahu melakukan pemin..

Resipi Ayam Bakar Tomyam Memikat Selera, Senang Buat

Resipi Ayam Bakar Tomyam Memikat Selera, Senang Buat

Lauk pauk yang berasaskan ayam merupakan hidangan yang sering menjadi pilihan dan boleh dikatakan sebagai menu wajib ada setiap kali waktu makan.

Di Malaysia, ada bermacam-macam jenis aneka masakan ayam kita boleh makan. Ayam bakar, ayam panggang, nasi ayam, ayam penyet, ayam gepuk, ayam goreng dan banyak lagi.

Walaupun terdapat banyak jenis lauk berasaskan ayam yang boleh dimasak, tetapi jika nak ulang hidangan yang sama, mesti rasa jemu kan? Kadangkala boleh jadi pening kepala memikirkan nak masak apa nanti.

Selepas ini, anda tidak perlu pening kepala lagi sebab min nak kongsikan resipi Ayam Bakar Tomyam yang tidak menggunakan banyak bahan. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.

Bahan-Bahan Yang Perlu Disediakan

Bahan utama resipi ini adalah ayam bahagian peha (dipotong kecil). Kemudian, sediakan 5 ulas bawang putih, cili padi, akar daun ketumbar, 1 pek kecil pes tomyam, 1 sudu sos tiram,..

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tersepit Dalam Mesin Basuh

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tersepit Dalam Mesin Basuh

ALOR SETAR, 31 Jan (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.53 petang tadi.

“Sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang telah dikerah ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual.

“Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tersepit Dalam Mesin Basuh appeared first on Siakap Keli.

David Beckham Datang Malaysia, Segak Bergambar Depan KLCC

David Beckham Datang Malaysia, Segak Bergambar Depan KLCC

KUALA LUMPUR — Bintang bola sepak dan legenda Manchester United, David Beckham menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur hari ini.

Ikon bola sepak itu dalam satu muat naik di Instagram rasmi miliknya dilihat bergambar berlatarbelakang pemandangan bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dia menzahirkan rasa kagum melihat pemandangan yang terdapat ibu kota itu.

“Wow…pemandangan yang mengagumkan di bandar Malaysia (Kuala Lumpur),” tulisnya di platform tersebut.

Difahamkan, kehadiran Beckham, 48, di Kuala Lumpur adalah bagi menghadiri satu acara di The Exchange TRX, esok.

https://www.instagram.com/p/C2xJSfuIXHb/

BACA: Tiada Perbincangan Bawa Kembali Perlumbaan F1 Ke Malaysia – Petronas
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan dalam masa yang sama teruja melihat bintang bola sepak itu kini berada di Kuala Lumpur.

“Astaga der bagitau la datang nanti aku boleh pergi amik ko bawak jala..

Nekad Baling Minyak Petrol Sebab Tak Dapat Beli Bunga Api

Nekad Baling Minyak Petrol Sebab Tak Dapat Beli Bunga Api

KLANG — Seorang lelaki nekad membaling botol berisi minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mencetuskan kebakaran di tepi jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada individu terbabit yang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie, kira-kira pada jam 4.30 petang, seorang lelaki yang juga warga tempatan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah telah datang ke sebuah gerai di lokasi kejadian bagi membeli bunga api.

Kata Mohd Khairi, suspek kemudiannya telah meminta mangsa yang merupakan seorang peniaga limau dan mercun membungkus bunga api itu. Bagaimanapun, suspek ketika itu tidak mempunyai wang untuk membayar.

“Disebabkan tidak mempunyai wang, mangsa yang merupakan pemilik gerai telah mengambil semula bungkusan bunga api yang mahu dibeli oleh suspek.

“Na..

Jepun Mudah Atasi Cabaran Fizikal Bahrain Untuk Ke Suku Akhir

Jepun Mudah Atasi Cabaran Fizikal Bahrain Untuk Ke Suku Akhir

DOHA, 31 Jan (Bernama) — Juara empat kali, Jepun tidak berdepan masalah layak ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 selepas membenam Bahrain 3-1 pada perlawanan pusingan 16 terbaik di Stadium Al Thumama di sini, hari ini.

Biarpun berdepan cabaran permainan fizikal Bahrain, Samurai Biru terlebih dahulu memberikan amaran pada minit ke-10, menerusi tandukan dari jarak dekat Ayase Ueda berpunca hantaran lintang Takefusa Kubo yang memaksa Ebrahim Lutfalla bertindak pantas menepis bola keluar.

Skuad bimbingan Hajime Moriyasu itu yang mempertaruhkan corak permainan pantas dan hantaran pendek akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-31 selepas Ritsu Doan menyudahkan bola muntah sepakan deras Seiya Maikuma yang sekadar menggegar tiang gol.

Selepas kedudukan 1-0 kekal sehingga waktu rehat, Jepun tidak menunggu lama untuk mencetak gol kedua selepas separuh masa kedua bersambung.

Kesilapan pemain pertahanan Bahrain Abdull..

Suspek Kes Bunuh Maut Ditembak Selepas Serang Polis Dengan Parang

Suspek Kes Bunuh Maut Ditembak Selepas Serang Polis Dengan Parang

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu adalah suspek kes bunuh wanita warga Indonesia berusia 19 tahun yang jasadnya ditemukan dengan kesan lapan tikaman di Sungai Way, Petaling Jaya pada Isnin lepas.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu pangsapuri terbabit pada kira-kira 5.30 petang.

BACA: 27,344 Ekor Babi Bernilai RM29.5 Juta Dilupuskan Kerana ASF
“Ketika serbuan, lelaki itu bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang dan polis melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri.

“Suspek disahkan meninggal dunia di te..

Tiada Perbincangan Bawa Kembali Perlumbaan F1 Ke Malaysia – Petronas

Tiada Perbincangan Bawa Kembali Perlumbaan F1 Ke Malaysia – Petronas

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Petronas mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan berita mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

BACA: Wajah Baharu Skuad Hoki Kebangsaan Selepas Tamat Liga MHL 2024
“Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang,” menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post Tiada Perbincangan Bawa Kembali Perlumbaan F1 Ke Malaysia – Petronas appeared first on Siakap Keli.

Isu Pengampunan Najib Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet – Fahmi 

Isu Pengampunan Najib Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet – Fahmi

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) — Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil .

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu bagaimanapun berkata sebarang ketetapan mengenai perkara tersebut termasuk kenyataan media hanya akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan berhubung permohonan pengampunan Najib.

“Saya minta bantuan semua, janganlah kita bertindak sebelum masanya dan tunggu kenyataan rasmi dikeluarkan.

“Patuhi proses itu, kalau tidak nanti timbul pelbagai reaksi. Kita perlu tunjuk profesionalisme dalam buat pelaporan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

BACA: Kumpul 176 Mata, Liga Malaysia Di “Ranking” Ke-87 Dunia
Fahmi berkata demikian ketika diminta meng..