Cara Mengatasi Orang Toksik Dalam Hidup Anda

Cara Mengatasi Orang Yang Toksik Dalam Hidup Anda

Cuba anda perhatikan orang disekeliling anda. Antara mereka semua, tak kiralah keluarga, rakan-rakan, atau rakan sekerja, ada tak yang mempunyai perangai negatif yang boleh dianggap sebagai toksik kepada anda?

Mungkin mereka terlalu berfikiran negatif sehingga anda tidak dapat untuk berfikiran positif. Mungkin juga mereka hanya mahu bercakap mengenai diri mereka dan tidak peduli mengenai diri anda. Mesti anda akan rasa mentally exhausted, kan? Tapi, nak atau tidak, anda perlu juga berkomunikasi dengan mereka.

Jadi, anda perlu tahu cara untuk mengawal perbualan dan pengalaman anda bersama mereka dengan bijak. Ia boleh dilakukan sekiranya anda boleh mengenalpasti tanda-tanda orang yang toksik dan tahu cara-cara untuk mengatasi mereka dengan perkongsian dari Health Shots ini.

Apakah Punca Seseorang Menjadi Toksik?
Menurut Dr. Chandni Tugnait, seorang psychotherapist, sebab seseorang itu menjadi toksik berbeza dari seorang individu ke i..

Kelab Buku Habiskan 28 Tahun Kaji Buku Yang Sama

Kelab Buku Habiskan 28 Tahun Kaji Buku Yang Sama

Sebuah kelab buku di California telah berjaya menghabiskan pembacaan mereka yang pertama untuk sebuah buku yang bertajuk Finnegan’s Wake, karya James Joyce. Kelab itu telah mula membaca buku itu sejak 28 tahun yang lalu.

Penulis yang menulis buku itu telah memberitahu kehendaknya di mana dia mahu sesiapa yang membaca bukunya itu harus “Berikan tumpuan kepada karya saya sepanjang hidup mereka”. Terdapat pembacanya yang mengambil serius kata-katanya itu.

Kelab buku California ini adalah salah satu daripada contoh pembaca yang menghabiskan hidup mereka dengan karya itu. Mereka telah menghabiskan 28 tahun daripada hidup mereka untuk membaca dan mentafsir Finnegan’s Wake.

Mereka mentafsir helai demi helaian untuk memahami misteri-misteri buku itu. Ini kerana, buku itu dikatakan buku yang paling rumit untuk dibaca dan difahami. Kebanyakan orang yang membacanya belum tentu memahami kandungan buku itu sepenuhnya.

James Joyce telah menulis b..

Resepi Sup Dumpling Spicy Dengan Chilli Oil

Resepi Sup Dumpling Spicy Dengan Chilli Oil

Kebanyakan orang di negara begitu menyukai makanan tempatan kerana terdapat kepelbagaian yang tak terhingga. Ada makanan masakan Melayu, Cina, India dan banyak lagi.

Kepelbagaian inilah yang membuatkan pelancong jatuh cinta dengan makanan yang ada di Malaysia. Anda sendiri pasti akan makan makanan lain juga, kan?

Kalau anda penggemar makanan Cina, anda mesti penggemari dim sum. Salah satu jenis dim sum yang paling digemari adalah dumpling.

Mari belajar cara-cara membuat dumpling sendiri!

Bahan-Bahan Inti Dumpling
Setiap dumpling mesti mempunyai intinya. Kalau tak, anda hanya akan makan dumpling yang kosong saja. Ibarat makan kuih karipap angin. Jadi, anda perlulah sediakan bahan-bahan untuk intinya dulu.

Anda akan memerlukan, ayam kisar 200 gram, lapan ekor udang yang dicincang, setengah sudu besar sos ikan, satu sudu besar kicap, satu sudu besar sos tiram dan sedikit lada putih dan lada hitam. Jangan lupa kulit dumpling, ya!

Bahan-Ba..

Pemalu Dan ‘Introvert’, Apakah Perbezaan Kedua-Duanya?

Pemalu Dan ‘Introvert’, Apakah Perbezaan Kedua-Duanya?

Dalam kumpulan rakan-rakan anda, mesti ada yang digelar sebagai seorang introvert, kan? Kebiasaannya, anda akan memanggil mereka introvert kerana mereka pemalu.

Tetapi, tahukah anda bahawa orang yang introvert tak bermaksud mereka itu pemalu? Begitu juga dengan sebaliknya.

Kalau nak diikutkan, kedua-duanya sering membuat orang lain keliru sehinggakan kebanyakan orang menganggapnya sebagai perkara yang sama. Namun, terdapat orang introvert yang tidak gemar dipanggil sebagai seorang pemalu.

Apakah yang membezakan orang introvert dengan orang yang pemalu?

Menurut ramai ahli psikologi, terdapat satu perbezaan yang ketara antara dua perkara itu. Seorang pengarah Makmal Emosi Kanak-Kanak di Universiti McMaster, Louis A. Schmidt berkata,

“Walaupun di media terkenal kedua-duanya sering dilihat sebagai perkara yang sama, kami di komuniti saintifik tahu bahawa secara konsepsual atau empirik, mereka tidak berkait,”

Jadi, apakah perbez..

Malaysia Lancar Perpustakaan Digital Kesihatan Pertama Berkaitan Kanser 

Malaysia Lancar Perpustakaan Digital Kesihatan Pertama Berkaitan Kanser

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Perpustakaan digital kesihatan pertama Malaysia, yang dinamakan sebagai Beauty (Bringing Education And Understanding To You) and Health Digital Library for Health Promotion and Health Screening Portal, dilancarkan secara rasmi hari ini bersama-sama 44 video dan 48 buku kecil dengan maklumat komprehensif mengenai kanser.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perpustakaan digital itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser kepada orang ramai.

“Membincangkan isu kanser adalah sesuatu yang mencabar dan memberi kesan terhadap emosi untuk kebanyakan orang khususnya dalam konteks Malaysia di mana penyakit itu masih dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan,” katanya ketika berucap sebelum melancarkan perpustakaan digital itu di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini malam ini.

Beliau berkata perp..

Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini

Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini

Syarikat penstriman gergasi, Netflix memaklumkan pihaknya bakal melancarkan tiga versi permainan ikonik Grand Theft Auto (GTA) pada 14 Disember nanti.

Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan dalam satu hantaran video yang memaparkan permainan tersebut.

“Berita tergempar: GTA III, Vice City, dan San Andreas daripada siri Grand Theft Auto (GTA) akan hadir ke Netflix Games bagi telefon pada 14 Disember,” tulis Netflix.

Difahamkan, permainan daripada Rockstar itu hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Netflix sahaja menerusi App Store, Google Play dan dalam aplikasi mudah alih Netflix.

Tiga Permainan GTA

Grand Theft Auto III– Edisi Definitif

GTA III membawa pemain ke Bandar Liberty di mana semuanya bermula. Permainan ini mendedahkan terhadap dunia luar yang luas dengan pelbagai watak liar daripada segenap lapisan masyarakat.

Pemain dapat berpeluang merasai kebebasan meneroka sesuka hati dalam GTA III. Ia jug..

Fakta Menarik Tentang Otak Manusia, Banyak Yang Kita Tak Tahu!

Fakta Menarik Tentang Otak Manusia, Banyak Yang Kita Tak Tahu!

Otak merupakan antara organ yang paling penting untuk makhluk hidup seperti manusia. Ini kerana, otak kita mengawal pelbagai benda.

Antaranya adalah mengawal pemikiran, ingatan, sentuhan, pergerakan, penglihatan, pernafasan, suhu, kelaparan dan banyak lagi proses yang mengawal badan kita.

Mari ikuti fakta-fakta menarik mengenai otak manusia!

22 Fakta Mengenai Otak
Multitasking Adalah Mustahil
Kebiasaannya, anda mungkin terfikir bahawa anda mempunyai kebolehan multitasking atau membuat satu atau dua atau lebih pekerjaan dalam satu masa.

Namun, itu adalah mustahil. Sebaliknya anda sedang menukar konteks. Ini bermaksud, anda menukar-nukar antara tugasan yang anda ada.

Anda tidaklah melakukan tugasan itu pada masa yang sama. Sebuah buku bertajuk Brain Rules telah menunjukkan bahawa multitasking boleh memudaratkan.

Kajian mendapati bahawa bilangan kesalahan anda akan meningkat 50 peratus dan ia akan menyebabkan anda dua k..

Harimau Malaya Daki Tujuh Anak Tangga, Kini Ranking Ke-130 Dunia

Harimau Malaya Daki Tujuh Anak Tangga, Kini Ranking Ke-130 Dunia

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Skuad Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-130 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Menurut laman sesawang www.fifa.com, skuad kendalian Kim Pan Gon itu mengumpul keseluruhan 1,122.87 mata untuk meningkat daripada posisi ke-137 dunia yang dihuni sejak 26 Okt lepas.

Perkembangan positif itu dicapai susulan kejayaan Malaysia dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan masing-masing menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada 16 Nov dan Taiwan 1-0 pada 21 Nov.

Malaysia memperoleh tambahan 26.15 mata secara keseluruhan selepas dua kemenangan itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam misi memastikan Harimau Malaya berada dalam kelompok 120 terbaik menjelang akhir tahun ini.

BACA JUGA: Azlee Senario Menangis Terima Pelbagai Gift, ‘Terima Kasih Hiburkan Arwah I..

ECRL Malaysia Yang Pertama Di Asia Tenggara Guna Rangkaian Komunikasi 4G

ECRL Malaysia Yang Pertama Di Asia Tenggara Guna Rangkaian Komunikasi 4G

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas berbanding teknologi rangkaian mudah alih GSM-R untuk kereta api.

“Komunikasi ini menggunakan 4G. Jadi pada masa hadapan, jika anda ingin mengemas kini kepada 5G, infrastrukturnya sudah ada, jadi hanya perlu kemas kini perisian. Sistem komunikasi untuk perkhidmatan kereta api adalah amat penting terutama dari segi keselamatan.

“Anda akan nampak imej jika menggunakan rangkaian komunikasi ini. Sesetengah orang selalu keliru sama ada ini bermakna o..

Kes Denggi Di Ipoh Meningkat Lebih 300 Peratus

Kes Denggi Di Ipoh Meningkat Lebih 300 Peratus

IPOH, 30 Nov (Bernama) — Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan 306.2 peratus atau 1,974 kes dari Januari hingga 25 Nov lepas, berbanding 486 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Kes demam denggi meningkat akibat faktor pergerakan orang ramai secara meluas menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan cepat merebak.

“Faktor cuaca iaitu hujan yang berterusan juga menyebabkan peningkatan kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di sini hari ini.

Rumaizi berkata lima lokaliti ‘hotspot’ kes demam denggi juga telah dikenal pasti di sekitar bandar raya Ipoh iaitu Kampung Tersusun Batu 8 dengan 46 kes, Taman Indah (22 kes), Kampung Tersusun Batu 6 (18 kes), Taman Pertama (15 kes) dan ruma..