Gangsa 100m Sukan Asia Azeem Fahmi Tamatkan Penantian 41 Tahun Negara

Gangsa 100m Sukan Asia Azeem Fahmi Tamatkan Penantian 41 Tahun Negara

Pelari pecut sensasi negara, Azeem Fahmi sebentar tadi menghadiahkan gangsa dalam acara 100 meter lelaki Sukan Asia di China.

Lebih manis, kejayaan atlet berusia 19 tahun itu sekaligus menamatkan penantian 41 tahun negara untuk mendapat sebutir lagi pingat dalam acara yang sama.

Kali terakhir Malaysia mendapat pingat dalam acara tersebut adalah melalui legenda, Datuk Rabuan Pit yang muncul juara dalam edisi 1982 di New Delhi, India.

Gangsa Azeem Fahmi di Sukan Asia tamatkan penantian 41 tahun negara

Azeem berjaya mencatatkan masa 10:11 saat, pelari ketiga melintasi garisan penamat di belakang pelari China dan Thailand.

Pingat perak dimenangi oleh Puripol Boonson dengan catatan masa 10:02 saat manakala pingat emas milik pelari tuan rumah, Xie Zhenye dengan catatan masa 9:97.

Zhenye menjadi satu-satunya pelari yang menamatkan masa dibawah 10 saat dalam acara tersebut.

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem raih pi..

‘Tergantung’ Bawah Landasan, Sky Train Pertama China Mula Beroperasi

‘Tergantung’ Bawah Landasan, Sky Train Pertama China Mula Beroperasi

Kerata api ‘tergantung’ pertama China, atau dikenali sebagai Sky Train mula beroperasi di bandar Wuhan, Selasa lepas.

Menurut CCTV Plus, untuk Fasa Pertama, Sky Train tersebut beroperasi pada landasan sepanjang 10.5 kilometer dengan enam perhentian.

Beroperasi tanpa pemandu, pengangkutan awam terbaru itu mampu bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam dengan setiap gerabak mampu memuatkan sehingga 110 orang penumpang.

Berbeza dengan kereta api tradisional dan yang lain, sistem monorel ini adalah lebih efisyen serta memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selesa. Malah, landasannya juga tidak bertembung dengan laluan pengangkutan lain dan juga penjalan kaki.

Manakala bagi gerabak Sky Train pula, lantai gelas antara yang menjadi tumpuan utama apabila ia membenarkan penumpang melihat pemandangan dibawah dengan jelas.

”Sky Train ini sangat mengujakan. Saya hanya mampu memandang ke bawah, tidak berani hendak memi..

“Takkan Artis Pakai Wira Lama, Dah Jatuh Miskin Ke?” Tenang, Ini Jawapan Jasmin Hamid

“Takkan Artis Pakai Wira Lama, Dah Jatuh Miskin Ke?” Tenang, Ini Jawapan Jasmin Hamid

Menjadi selebiriti biasanya dikaitkan dengan gaya hidup yang mewah termasuk dari segi pakaian, perhiasanya dan juga kenderaan.

Pun begitu, ada juga artis-artis tempatan yang lebih selesa dan bersyukur untuk tampil dengan gaya hidup ‘sederhana’ dan tidak terikut dengan trend yang dibawa.

Bagaimanapun, pastinya ada sesetengah pihak yang melontarkan kritikan dan menyifatkan perkara itu seperti penurunan dalam karier hidup.

Begitulah yang perlu dihadapi oleh aktress popular tanah air, Jasmin Hamid apabila memilih untuk membawa kenderaan buatan tempatan, Proton Wira.

Jasmin dalam satu muat naik di Instagram baru-baru ini memberitahu telah keluar mengisi perut dengan menaiki kenderaan yang diberi nama “Bobob”.

Kata Jasmin, setelah beberapa tahun kereta tersebut tidak digunakan, akhirnya Proton Wira kesayangannya bergerak kembali.

Gambar: Instagram Jasmin Hamid
“Ahamdulillah my FELARI dah bangun dan b..

“Tertunduk ‘scammer’ kena ayat!”- Lelaki Menyamar, Tawar Gaji Puluhan Ribu Pada Wanita ‘Scammer’

Pada hari ini, kegiatan penipu atau ‘scammer’ yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan menakutkan mangsa semakin hari semakin berleluasa. Modus operandi mereka adalah dengan mengenal pasti mangsa yang rata-ratanya warga emas kerana golongan ini mudah untuk ditipu dan diperdaya. Namun, sudah ramai rakyat Malaysia yang peka dengan perkara ini ada diantara mangsa mengenakan scammer pula. …

Dua Ahli Politik Pakistan Tak Dapat Kawal Emosi, Bertumbuk Dalam Sesi Debat Ketika “Live”

Dua Ahli Politik Pakistan Tak Dapat Kawal Emosi, Bertumbuk Dalam Sesi Debat Ketika “Live”

Dua orang ahli politik Pakistan dirakam bergaduh semasa sesi debat ketika siaran langsung program rancangan televisyen di Express TV, lapor Hindustan Times.

Pergaduhan itu melibatkan pemimpin Liga Muslim Pakistan (PML) dan seorang tokoh terkemuka yang dikaitkan dengan Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI).

Pergaduhan dua individu terbabit dikatakan telah tular di media sosial di seluruh dunia.

Ketika kejadian, isu politik sedang hangat didebatkan sehingga menyebabkan berlakunya pertikaman lidah.

Salah seorang daripada individu tersebut kemudiannya berdiri dan mula menyerang salah seorang lagi individu yang berada di sampingnya.

Menurut laporan, debat itu telah disiarkan dalam rancangan yang dinamakan sebagai ‘Kal Tak’ dan dihoskan oleh pengacara TV popular Pakistan, Javed Chaudry di Express TV.

Berdasarkan laporan Daily Pakistan, kedua-dua pemimpin itu mula memanggil pemimpin tertinggi masing-masi..

“Terbaik abang cameraman” – Tular Seorang Lelaki Tahan Polis Daripada Ganggu Lelaki Sedang Solat

Salah faham dan tidak tahu, itulah yang berlaku pada seorang individu apabila menerima layanan tidak menyenangkan dari sorang pihak polis ketika sedang mengerjakan solat. Kejadian itu berlaku apabila lelaki berkenaan melakukan solat di luar stadium di kawasan awam. Perkara ini dipercayai berlaku di luar negara. Lelaki berkenaan melakukan solat sebelum didatangi soerang angota polis. Perbuatan …

Sumbang Emas Ketiga Malaysia, Ini Cara Skuasy Dimainkan & Mata Dikira

Sumbang Emas Ketiga Malaysia, Ini Cara Skuasy Dimainkan & Mata Dikira

Kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2023 terus memberi berita gembira apabila skuasy menyumbang emas ketiga untuk negara melalui acara wanita berpasukan.

Seperti yang semua sedia maklum, skuasy merupakan satu sukan yang amat popular di Malaysia, khususnya sepanjang legenda negara, Datuk Nicol Ann David beraksi.

Beliau bergelang pemain wanita nombor satu dunia untuk tempoh yang agak lama. Sepanjang tempoh berkenaan, beliau menyumbang pelbagai kejuaraan untuk negara, khususnya di pentas Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.

Jadi, emas ketiga daripada sukan skuasy sememangnya sesuatu yang dinanti dan diraikan oleh seorang warga Malaysia.

Begitu pun, anda sudah tentu tertanya-tanya, bagaimana sukan ini dimainkan dan matanya dikira, kan? Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai permainan ini.

Sejarah sukan skuasy
Permainan ini berasal dari England dan dipercayai sudah wujud sejak awal abad ke-19…

“Mulia hati abang tengokkan adik tu” – Ahli Kariah Masjid Jaga Pemuda OKU Dalam Program Kuliah Jadi Tumpuan

Bukan semua orang dilahirkan sempurna. Namun, sebagai insan yang diberi rezeki mampu berkomunikasi dengan sempurna perlulah saling membantu buat mereka yang kelainan upaya (OKU). Hal ini juga terjadi di sebuah masjid, di mana seorang kariah masjid dilihat memantau pergerakkan sorang pemuda OKU dalam masjid berkenaan. Dipercayai kejadian itu berlaku ketika masjid berkenaan mengadakan kuliah dan …

Cakap Dekat Bini Balik Kerja Lambat, Kamera Kantoikan Lelaki Tengok Bola Dekat Stadium

Cakap Dekat Bini Balik Kerja Lambat, Kamera Kantoikan Lelaki Tengok Bola Dekat Stadium

Setiap orang pasti memiliki hobi yang sering dilakukan apabila mempunyai masa lapang atau ketika kebosanan.

Ada yang suka pergi memancing ikan, ada yang suka bercuti dan ada pula yang suka menonton bola di stadium secara langsung.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, untuk melakukan aktiviti seperti ini pasti memerlukan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak.

Namun berbeza dengan lelaki ini, di mana dia dikatakan terpaksa berbohong dengan isterinya untuk pergi menonton perlawanan bola di stadium.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @lauraengrant25.

Menerusi perkongsian itu, suaminya difahamkan memberitahu bahawa dia bakal pulang lewat kerana terdapat urusan kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kredit TikTok
Bagaimanapun, segalanya terungkap apabila suaminya itu berjaya dirakam lensa kamera sedang menikmati perlawanan bola sepa..

Dipercayai Sebab Cemburu, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Dipercayai Sebab Cemburu, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Seorang lelaki yang juga merupakan pesara tentera bertindak menikam isterinya hingga maut, dipercayai angkara cemburu, dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis hari ini.

Menurut Sinar Harian, lelaki berkenaan kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas kejadian itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6 pagi, mangsa berusia 31 tahun merupakan jururawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek yang berusia 38 tahun dipercayai mengesyaki bahawa mangsa berlaku curang.

Mereka berdua dipercayai bergaduh di ruang tamu rumah sebelum mangsa hendak keluar ke tempat kerja.

Suami tikam isteri dipercayai sebab cemburu

“Polis mengesyaki pergaduhan berlaku semasa mangsa ingin keluar bekerja kira-kira jam 6 pagi.

“Semasa pergaduhan berlaku, suspek t..