Cacar monyet atau monkey pox (mpox) merupakan satu penyakit yang jarang berlaku dan ia boleh menyebabkan ruam yang berbentuk bulat.

Simptom mpox juga seakan-akan demam. Sama seperti cacar, punca mpox adalah daripada sejenis virus yang tergolong dalam keluarga orthopoxvirus.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat dua kes mpox yang telah disahkan di Malaysia.

Clipboard0 Horz 1

Dalam sebuah kenyataan media, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu yang melibatkan seorang warga asing yang menetap di Malaysia sejak Aprill 2022.

“Beliau mula menunjukkan gejala pada 19 Julai 2023 dan lepuh mula muncul pada 23 Julai 2023. Beliau telah menjalani isolasi dan dibebaskan pada 10 Ogos 2023 setelah pulih sepenuhnya tanpa komplikasi.

Beliau disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes mpox,” tulisnya.

Kes kedua pula merupakan kontak kepada kes mpox pertama dan ia melibatkan seorang warga tempatan yang mengalami gejala semasa kuarantin, bagaimanapun beliau masih dalam tempoh isolasi dan sedang dalam keadaan sihat.

Selain itu, KKM menasihati pengembara yang tiba dari negara-negara yang pernah melaporkan berkenaan mpox untuk memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Baca: Lelaki Itali Jadi Manusia Pertama Dijangkiti Covid-19, Monkeypox & HIV Dalam Masa Yang Sama

C19Mp And Hiv

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *