lelaki sembelit meninggal dunia

10 Hari Sembelit, Lelaki Ada Sejarah Penyakit Jantung Meninggal Dunia Ketika Berak

Seorang lelaki Britain berusia 65 tahun yang 10 hari menderita sembelit dilapor meninggal dunia ketika buang air besar, baru-baru ini lapor The Sun.

Lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit jantung.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Rawdy Reales Rois, warga emas itu pada awalnya hadir ke bahagian kecemasan dalam keadaan sakit dada, loya dan tergesa-gesa hendak ke tandas.

Bagaimanapun, lelaki itu mempunyai masalah untuk berak dan sudah 10 hari tidak buang air besar.

Lelaki 10 hari sembelit meninggal dunia ketika buang air besar

Doktor kemudian menjalankan ujian elektrokardiogram ke atas lelaki tersebut, namun keputusan yang diperolehi adalah normal. Pada masa yang sama, kadar degupan jantung lelaki itu semakin meningkat dan berpeluh-peluh.

Memandangkan lelaki itu ada sejarah masalah jantung, doktor tidak menggalakkan untuk memberi enema rektum seperti yang diminta.

Dalam kes-kes tertentu yang jarang berlaku, pemberian enema rektum boleh mencetuskan kesan sampingan yang boleh mengancam kesihatan buah pinggang dan jantung pesakit.

Doktor sebaliknya menggalakkan lelaki itu mengambil ubat untuk melegakan masalah sembelit yang dihadapinya. Bagaimanapun, pengambilan ubat tersebut tidak memberikan kesan yang diinginkan.

Kemudian, doktor menambah dos yang diberikan dan meminta pesakit itu bangun daripada katil dan melakukan pergerakan ringan.

Dr. Rawdy meninggalkan pesakit berkenaan dan merancang untuk kembali selepas beberapa jam untuk melakukan pemeriksaan susulan.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkenaan, pesakit itu mendesak agar diberikan enema rektum sehinggakan seorang doktor lain mengambil keputusan untuk melakukan prosedur itu.

Tidak lama selepas itu, Dr. Rawdy dimaklumkan bahawa lelaki itu mengalami serangan jantung. Walaupun diberikan bantuan kecemasan segera, lelaki itu disahkan meninggal dunia kemudian.

Menurut doktor berkenaan, lelaki itu mengalami serangan jantung kerana membuang najis terlalu laju hingga merangsang saraf vagus dan menyebabkan tekanan darahnya jatuh secara tiba-tiba.

Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba itu sangat berbahaya kerana bermakna jantung, otak dan organ lain tidak mendapat aliran darah yang mengcukupi.

Ia menyebabkan risiko pesakit untuk mendapat serangan jantung dan strok meningkat.

BACA: Detik-detik Datuk Azizul Terlibat Kemalangan Berkelajuan Tinggi Ketika Latihan Di Velodrom Nilai

Sumber: The Sun

The post 10 Hari Sembelit, Lelaki Ada Sejarah Penyakit Jantung Meninggal Dunia Ketika Berak appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *