Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ambil Kira Konsep Rekaan Terkini

pakaian rasmi kontinjen negara

Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ambil Kira Konsep Rekaan Terkini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu, menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Beliau berkata pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.

“Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

“Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan berupa baju berkolar, baju T dan jaket diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

BACA: JPJ Umum Pemanggilan Semula Siri 2/2024 Beberapa Model Mercedes-Benz, Chery & Toyota

Bagaimanapun rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.

Mengulas lanjut Mohd Nazifuddin berkata rekaan terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas pemegang taruh, atlet dan pegawai sukan berhubung reaksi yang diterima mengenai pakaian berkenaan.

“Untuk sementara ini, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza, pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi ciapan di X menjelaskan pakaian rasmi terbaharu kontinjen negara yang dilancarkan semalam adalah di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan ia di luar bidang kuasa KBS dan MSN,” katanya.

Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

BACA: Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat

Sumber: BERNAMA

The post Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ambil Kira Konsep Rekaan Terkini appeared first on Siakap Keli.

Van Bertembung Dengan Kereta, 13 Individu Termasuk 10 Pelajar Cedera

10 pelajar cedera van bertembung kereta

Van Bertembung Dengan Kereta, 13 Individu Termasuk 10 Pelajar Cedera

13 individu termasuk 10 pelajar sekolah menengah dilaporkan cedera dalam kemalangan jalan raya apabila van bertembung dengan kereta berhampiran Pusat Latihan Dakwah Sikuati pada petang Isnin.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.20 petang dan dua daripada mangsa mengalami kecederaan parah kerana tersepit dalam kenderaan Proton Saga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Isyak Jabas, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 6.29 petang.

Menurut beliau, sembilan anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 21 kilometer dari BBP Kudat.

“Menurut komander operasi, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah van yang dinaiki 10 pelajar sekolah bersama seorang pemandu dan bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki dua mangsa

“Dalam kejadian itu, dua mangsa tersepit di dalam Proton Saga namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala kesemua mangsa di dalam van juga dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya.

Tambah beliau, semua mangsa telah diberikan rawatan awal di lokasi kejadian oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pasukan perubatan.

“Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, ambulans dan juga kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.40 malam selepas memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat,” katanya.

BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

BACA: Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

BACA: Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Sumber: Sinar Harian

The post Van Bertembung Dengan Kereta, 13 Individu Termasuk 10 Pelajar Cedera appeared first on Siakap Keli.

Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja

ahli kongsi gelap cederakan remaja

Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja

JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) — Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan tiga remaja berusia 15 tahun dipercayai kerana enggan memasuki kongsi gelap.

Tertuduh, 20, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan tiga remaja berkenaan dengan memukul mereka menggunakan tangan dan kakinya, di kawasan semak belakang taman permainan Taman Mutiara Rini, Skudai, pada 8 malam, 15 Jun.

Mahkamah menjatuhi Lim hukuman denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam Jason Tan Ka Yan dan Mohamed Imran Mohamed Sam.

Mengikut fakta kes, tiga mangsa berusia 15 tahun itu berada di sebuah pusat beli-belah di Skudai sebelum didatangi 10 remaja, yang memaksa mereka menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap.

BACA: Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa enggan menyertai kumpulan kongsi gelap itu sebelum dipaksa menaiki sebuah kereta dan kemudian dipukul dan dicederakan, selain mereka menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, tujuh remaja berusia 15 tahun hingga 18 tahun mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mencederakan tiga mangsa sama menggunakan senjata iaitu batang PVC yang boleh menyebabkan kematian dan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 dan 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan mencederakan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk kesalahan mencabul.

Tujuh remaja berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di belakang gelanggang futsal Taman Keindahan, Skudai pada 7 malam, 15 Jun.

Jika sabit kesalahan, remaja tersebut boleh diperintahkan berkelakuan baik dengan syarat dikenakan mahkamah atau dilepaskan dengan amaran atau dihantar ke Sekolah Henry Gurney atau membayar denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Musa manakala Tan dan Mohamed Imran mewakili semua tujuh remaja berkenaan.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan setiap remaja itu diikat jamin RM1,000 seorang, selain melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, serta menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes.

BACA: Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Sumber: BERNAMA

The post Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja appeared first on Siakap Keli.

Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

lelaki hilang maut kereta dalam longkang

Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Lelaki yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu ditemui maut dalam sebuah kereta yang berada dalam longkang di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an, dipercayai memandu kereta itu sebelum mengalami kemalangan di lokasi tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 3.01 petang.

“Bomba menerima panggilan berkaitan kes bantuan kepada pihak polis bagi urusan mengambil mayat di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada 60 jam sebelum ditemui.

Anggota bomba yang bertugas kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, menyatakan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kejadian tersebut.

“Saya akan kongsikan kenyataan media berhubung kes ini dan mangsa adalah orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Sungai Way sebelum ini,” katanya.

BACA: Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang appeared first on Siakap Keli.

Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

rangka manusia milik pelajar hilang

Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Penemuan rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, pada Isnin seolah-olah memberikan petunjuk baru dalam kes seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak sebulan yang lalu.

Di lokasi penemuan tersebut, turut ditemui sebuah motosikal yang hampir sama dengan motosikal yang digunakan oleh Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, berdasarkan nombor pendaftaran seperti dimaklumkan semasa kehilangannya.

Motosikal tersebut ditemui tersangkut di celah batang pokok berdekatan dengan kebun durian, bersama-sama dengan jaket dan topi keledar.

Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor segera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka tersebut.

Hafiz Fauzan, seorang pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Agama Parit Raja, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada malam 25 Mei lalu untuk menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Bapanya, Abd Halid Sugiman, 44, dilaporkan berusaha mencarinya dengan meninjau beberapa jalan yang mungkin dilalui oleh Hafiz sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal, namun tidak berjaya menemui sebarang petunjuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, ketika dihubungi mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pasukan forensik di lokasi penemuan rangka tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa pengesahan identiti rangka tersebut hanya akan dilakukan selepas menerima laporan dari pihak forensik.

BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

BACA: Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

BACA: Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Sumber: Sinar Harian

The post Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu appeared first on Siakap Keli.

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Warga emas parah tersepit

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas tersepit dalam kereta yang dipandunya, yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas berdekatan Majlis Perbandaran Sungai Petani, pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim, menyatakan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 2.20 petang.

Menurut Muhamad Syukri, PGO Kedah telah mengarahkan sebuah jentera dari BBP Tikam Batu bersama tujuh anggota untuk menuju ke lokasi kejadian, dan mereka tiba pada jam 2.27 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan akibat kemalangan. Tindakan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Muhamad Syukri berkata, mangsa yang berusia 71 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Petani menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Muhamad Syukri turut memaklumkan bahawa kejadian tersebut berjaya dikawal pada jam 2.45 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

BACA: Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

BACA: Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

Sumber: Sinar Harian

The post Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas appeared first on Siakap Keli.

“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur

video wanita membawang

“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur

Pernah tengok tak riak wajah dan reaksi wanita ‘membawang’ sesama mereka?

Siapa saja yang tidak tahu kalau ‘membawang’ adalah rutin ‘wajib’ golongan wanita, terutamanya bila mereka berkumpul dengan rakan baik sendiri.

Ada yang tersengih, ada yang geleng kepala tak percaya atau tak sangka dengan berita yang didengari di cuping telinga, ada juga yang menyampuk dengan soalan-soalan panas.

Orang cakap, kebiasaan inilah tanda persahabatan, dan waktu itulah segala bentuk dan genre cerita dikongsikan.

Baru-baru ini, satu video dikongsikan oleh pengguna TikTok, @yfg1231, memaparkan sekumpulan wanita kelihatan ‘membawang’ telah meraih perhatian warga maya di laman TikTok.

@yfg1231

Starter pack baju hijau tu tarik lengan baju 😂

♬ sarang dosa – ALIAN TANJUNG

Video yang mencecah 900 ribu jumlah tontonan itu menampilkan tiga orang wanita yang mungkin rakan baik, seolah-olah sedang mengadakan ‘perbincangan’ yang sangat serius.

Namun, melihat kepada reaksi mereka, warga maya terutamanya para wanita pasti tahu bahawa mereka sebenarnya dalam ‘sesi membawang’, yang menjadi rutin ‘wajib’ kebanyakan wanita setiap kali bertemu.

Apa yang menariknya, gelagat seorang wanita berbaju hijau dalam video tersebut mencuri tumpuan ramai.

Pada mulanya, dia kelihatan hanya mendengar dengan penuh minat gosip panas yang diceritakan oleh dua rakannya.

Namun, tidak lama selepas itu, dia mula menarik lengan bajunya, menandakan dia sudah bersedia untuk ‘join sekaki’ dalam perbincangan hangat itu.

“Kalau dia tarik lengan baju mesti cerita dah panas”

Reaksi spontan dan ekspresi wajah wanita berbaju hijau ini mengundang gelak tawa dan membuatkan ramai yang menonton merasa terhibur.

Rata-rata komen yang diterima menyatakan bahawa aksi wanita itu benar-benar menggambarkan situasi sebenar yang biasa berlaku dalam kalangan wanita ketika mereka berkumpul dan membawang.

“Aku paling suka bila tengok reaksi muka orang perempuan bila bercerita,”

“Bila dia dah mula tarik lengan baju tu memang sampai malam dia punya cerita,”

“Lepas dia tarik lengan baju, mulakan dengan ‘aku bukan nak kata apa la tapi’,”

Tak cukup satu, @yfg1231 siap belanja “part 2” rakaman video ‘sesi membawang’ kumpulan wanita itu.

@yfg1231

Replying to @shazwarohiza okayyy lepatu dia starttt bagi pandangan✨

♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

BACA: Ramai Terhibur, Puas Hati Lihat Wanita Ini Kenakan Penjual ‘Ais Krim Turki’ Di Bukit Bintang

BACA: “Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri

BACA: Apa Sebab Semut Suka Bersarang Dalam Soket Plug? Ini Jawapannya

Sumber: By yun via TikTok

The post “Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

kilang bateri korea

Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

SEOUL, 24 Jun (Bernama-Yonhap) — Kebakaran berlaku di kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul pada Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja maut dan tiga lagi cedera, menurut pihak bomba yang dipetik oleh Yonhap.

Kebakaran bermula di kilang pengeluar bateri litium Aricell di Hwaseong, 45 kilometer di selatan Seoul, sekitar 10.30 pagi waktu tempatan. Usaha memadam kebakaran masih diteruskan pada awal petang.

Pekerja yang meninggal dunia dibawa ke hospital selepas mengalami serangan jantung manakala seorang lagi cedera parah dan dua mengalami kecederaan ringan, menurut pihak bomba. Sekurang-kurangnya 21 lagi dipercayai masih terperangkap di dalam kilang.

Kebakaran dilaporkan bermula di bangunan tiga tingkat berstruktur konkrit bertetulang yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 2,300 meter persegi.

Pihak bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran sepenuhnya kerana bateri litium yang terbakar sukar dikendalikan dengan kaedah pemadam kebakaran konvensional.

BACA: Tiket Konsert “Sold Out”, Penyanyi Mandopop Tempa Nama Hingga Luar Negara

Seorang saksi yang melarikan diri dari tingkat dua kilang itu memberitahu Balai Bomba Hwaseong bahawa berlaku pembakaran eksplosif pada satu sel bateri semasa kebakaran.

Balai bomba menyatakan bahawa api merebak dengan cepat kerana sel bateri di dalamnya meletup secara berterusan, menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di dalam kilang. Sekurang-kurangnya 35,000 bateri dipercayai berada di dalam kilang itu.

Ia menyatakan bahawa kira-kira 67 pekerja bertugas pada Isnin dan kini, 21 orang masih tidak dapat dikesan dan dihubungi, dengan kebimbangan akan lebih banyak korban jiwa.

Sumber: BERNAMA

The post Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap appeared first on Siakap Keli.

Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat

mamypoko mbpj demam denggi

Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat

PETALING JAYA, 23 Jun 2024 – Sempena Hari Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18 tahun 2024, MamyPoko, jenama lampin seluar bayi terkemuka di Malaysia, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), telah menjalinkan kerjasama melakukan aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan jentik-jentik di rumah pangsa Medan 32, sebuah lokasi “hotspot” demam denggi.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR jenama ini yang berterusan, dan kempen #MamyPokoAgainstDengue, telah dilancarkan secara aktif tahun lepas bersama-sama pelancaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants pertama di dunia di Malaysia.

Pelancaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants didorong oleh peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Dicipta dan dibangunkan oleh Uni-Charm R&D Jepun, lampin seluar ini memberikan ibu bapa Malaysia cara yang berkesan, selamat dan mudah untuk melindungi bayi mereka daripada gigitan nyamuk.

Usaha inisiatif Anti Denggi ini juga selaras dengan tema sambutan ulang tahun ke-18 MBPJ, yang menekankan penjagaan kebersihan dan keselamatan Petaling Jaya.

mamypoko mbpj demam denggi

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri Samingon, yang turut menyokong inisiatif kerjasama yang terjalin untuk kempen anti denggi ini.

Beliau memuji semua peserta atas usaha dan dedikasi mereka terhadap kesihatan awam dan usaha meningkatkan kesedaran bagi membendung peningkatan kes denggi.

Program Pembersihan Anti Denggi sempena Sambutan Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18, tahun 2024 dimulakan dengan senaman ‘Taiso’ Jepun yang diketuai oleh 57 pekerja Uni-Charm Malaysia, bersama 20 sukarelawan dari MBPJ dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling), sebelum mereka menjalankan aktiviti pembersihan dan penghapusan tempat pembiakan jentik-jentik di kawasan persekitaran perumahan Medan 32.

Penduduk Medan 32 dan Taman Medan Baru juga dijemput untuk menghadiri ceramah anti denggi oleh PKD Petaling dan MamyPoko. MamyPoko ANTIMOS™ Pants turut diedarkan kepada penduduk di kawasan “hotspot” denggi bagi membantu menghalau nyamuk daripada bayi dan kanak-kanak dengan hanya memakai lampin seluar ini.

“MamyPoko menganjurkan kempen #MamyPokoAgainstDengue setiap tahun melalui usaha pembersihan, program kesedaran dan pengedaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants kepada komuniti yang layak.

Dengan peningkatan kes demam denggi di seluruh Malaysia, kami amat mengambil berat tentang kesihatan anak-anak kecil,” kata Encik Toru Fujita, Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Corporation (Malaysia & Singapura).

“Kami menyasarkan untuk bekerjasama dengan organisasi berkaitan bagi mewujudkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah demam denggi.

mamypoko mbpj demam denggi

Sebagai sebahagian daripada falsafah ‘NOLA & DOLA’ Uni-Charm (Keperluan Hidup dengan Aktiviti & Impian Hidup dengan Aktiviti), ‘Impian’ kami adalah untuk menyediakan persekitaran bebas denggi tanpa rasa gusar kepada anak kecil kami, dan kami berharap aktiviti hari ini dan pada masa hadapan akan membantu merealisasikan impian ini.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MBPJ tahun ini dan menyumbang untuk memastikan Petaling Jaya bersih dan selamat daripada denggi. Pejabat kami terletak di Petaling Jaya, jadi kami merasakan tanggungjawab yang tinggi untuk menyumbang kepada kejiranan kami sendiri, di mana kes denggi kekal tinggi,” tambah Encik Fujita.

Kerjasama antara Uni-Charm Malaysia, MBPJ, PKD Petaling dan penduduk flat itu menunjukkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan masyarakat. Melalui usaha gabungan ini, kedua-dua pihak iaitu MBPJ dan Uni-Charm Malaysia berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai penduduk di kawasan ‘hotspot’ denggi untuk mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan mencegah penularan kes demam denggi.

MamyPoko ANTIMOS™ Pants adalah revolusi industri lampin dengan gabungan unik inovasi dan penjagaan. Menampilkan bau ekstrak serai semulajadi pada lapisan luar, ia berkesan menghalau nyamuk sehingga 10 jam, diuji secara dermatologi dan selamat untuk bayi.

Lampin ini juga menawarkan 10 jam penyerapan melalui Zon Kering Besar+, memastikan bayi kering dan mengelakkan kebocoran. MamyPoko ANTIMOS™ Pants bertujuan untuk menyediakan penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk keselesaan serta perlindungan.

The post Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat appeared first on Siakap Keli.

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

Tanah Runtuh Gunung kinabalu

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

RANAU, 24 Jun (Bernama) — Kejadian tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu sekitar Mesilou, Kundasang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergerak ke tempat kejadian dan pemantauan masih dilakukan hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua BBP Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan berhampiran lokasi runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Dalam pada itu seorang pemilik inap desa di Mesilou Ahmad Raqif Hamzali, 47, berkata penduduk di kawasan itu merasai gegaran sekitar 9 hingga 10 pagi.

“Bila lihat macam ada air turun dari atas gunung (Gunung Kinabalu) ke bawah…tetapi kawasan itu jauh dari rumah orang dan kawasan mendaki (laluan mendaki),” katanya.

Menurutnya kejadian itu menyebabkan Sungai Mesilou menjadi keruh dan berlumpur.

Sumber: BERNAMA

The post Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu appeared first on Siakap Keli.