Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja

ahli kongsi gelap cederakan remaja

Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja

JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) — Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan tiga remaja berusia 15 tahun dipercayai kerana enggan memasuki kongsi gelap.

Tertuduh, 20, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan tiga remaja berkenaan dengan memukul mereka menggunakan tangan dan kakinya, di kawasan semak belakang taman permainan Taman Mutiara Rini, Skudai, pada 8 malam, 15 Jun.

Mahkamah menjatuhi Lim hukuman denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam Jason Tan Ka Yan dan Mohamed Imran Mohamed Sam.

Mengikut fakta kes, tiga mangsa berusia 15 tahun itu berada di sebuah pusat beli-belah di Skudai sebelum didatangi 10 remaja, yang memaksa mereka menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap.

BACA: Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa enggan menyertai kumpulan kongsi gelap itu sebelum dipaksa menaiki sebuah kereta dan kemudian dipukul dan dicederakan, selain mereka menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, tujuh remaja berusia 15 tahun hingga 18 tahun mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mencederakan tiga mangsa sama menggunakan senjata iaitu batang PVC yang boleh menyebabkan kematian dan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 dan 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan mencederakan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk kesalahan mencabul.

Tujuh remaja berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di belakang gelanggang futsal Taman Keindahan, Skudai pada 7 malam, 15 Jun.

Jika sabit kesalahan, remaja tersebut boleh diperintahkan berkelakuan baik dengan syarat dikenakan mahkamah atau dilepaskan dengan amaran atau dihantar ke Sekolah Henry Gurney atau membayar denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Musa manakala Tan dan Mohamed Imran mewakili semua tujuh remaja berkenaan.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan setiap remaja itu diikat jamin RM1,000 seorang, selain melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, serta menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes.

BACA: Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Sumber: BERNAMA

The post Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana, Didakwa Cederakan Remaja appeared first on Siakap Keli.

Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

lelaki hilang maut kereta dalam longkang

Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang

Lelaki yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu ditemui maut dalam sebuah kereta yang berada dalam longkang di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an, dipercayai memandu kereta itu sebelum mengalami kemalangan di lokasi tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 3.01 petang.

“Bomba menerima panggilan berkaitan kes bantuan kepada pihak polis bagi urusan mengambil mayat di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada 60 jam sebelum ditemui.

Anggota bomba yang bertugas kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, menyatakan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kejadian tersebut.

“Saya akan kongsikan kenyataan media berhubung kes ini dan mangsa adalah orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Sungai Way sebelum ini,” katanya.

BACA: Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki 40-an Hilang Ditemui Maut, Kereta Terjunam Dalam Longkang appeared first on Siakap Keli.

Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

rangka manusia milik pelajar hilang

Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu

Penemuan rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, pada Isnin seolah-olah memberikan petunjuk baru dalam kes seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak sebulan yang lalu.

Di lokasi penemuan tersebut, turut ditemui sebuah motosikal yang hampir sama dengan motosikal yang digunakan oleh Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, berdasarkan nombor pendaftaran seperti dimaklumkan semasa kehilangannya.

Motosikal tersebut ditemui tersangkut di celah batang pokok berdekatan dengan kebun durian, bersama-sama dengan jaket dan topi keledar.

Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor segera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka tersebut.

Hafiz Fauzan, seorang pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Agama Parit Raja, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada malam 25 Mei lalu untuk menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Bapanya, Abd Halid Sugiman, 44, dilaporkan berusaha mencarinya dengan meninjau beberapa jalan yang mungkin dilalui oleh Hafiz sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal, namun tidak berjaya menemui sebarang petunjuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, ketika dihubungi mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pasukan forensik di lokasi penemuan rangka tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa pengesahan identiti rangka tersebut hanya akan dilakukan selepas menerima laporan dari pihak forensik.

BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

BACA: Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

BACA: Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Sumber: Sinar Harian

The post Motosikal & Rangka Manusia Ditemui, Disyaki Milik Pelajar Hilang Sebulan Lalu appeared first on Siakap Keli.

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Warga emas parah tersepit

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas tersepit dalam kereta yang dipandunya, yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas berdekatan Majlis Perbandaran Sungai Petani, pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim, menyatakan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 2.20 petang.

Menurut Muhamad Syukri, PGO Kedah telah mengarahkan sebuah jentera dari BBP Tikam Batu bersama tujuh anggota untuk menuju ke lokasi kejadian, dan mereka tiba pada jam 2.27 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan akibat kemalangan. Tindakan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Muhamad Syukri berkata, mangsa yang berusia 71 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Petani menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Muhamad Syukri turut memaklumkan bahawa kejadian tersebut berjaya dikawal pada jam 2.45 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

BACA: Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

BACA: Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

Sumber: Sinar Harian

The post Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas appeared first on Siakap Keli.

“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur

video wanita membawang

“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur

Pernah tengok tak riak wajah dan reaksi wanita ‘membawang’ sesama mereka?

Siapa saja yang tidak tahu kalau ‘membawang’ adalah rutin ‘wajib’ golongan wanita, terutamanya bila mereka berkumpul dengan rakan baik sendiri.

Ada yang tersengih, ada yang geleng kepala tak percaya atau tak sangka dengan berita yang didengari di cuping telinga, ada juga yang menyampuk dengan soalan-soalan panas.

Orang cakap, kebiasaan inilah tanda persahabatan, dan waktu itulah segala bentuk dan genre cerita dikongsikan.

Baru-baru ini, satu video dikongsikan oleh pengguna TikTok, @yfg1231, memaparkan sekumpulan wanita kelihatan ‘membawang’ telah meraih perhatian warga maya di laman TikTok.

@yfg1231

Starter pack baju hijau tu tarik lengan baju 😂

♬ sarang dosa – ALIAN TANJUNG

Video yang mencecah 900 ribu jumlah tontonan itu menampilkan tiga orang wanita yang mungkin rakan baik, seolah-olah sedang mengadakan ‘perbincangan’ yang sangat serius.

Namun, melihat kepada reaksi mereka, warga maya terutamanya para wanita pasti tahu bahawa mereka sebenarnya dalam ‘sesi membawang’, yang menjadi rutin ‘wajib’ kebanyakan wanita setiap kali bertemu.

Apa yang menariknya, gelagat seorang wanita berbaju hijau dalam video tersebut mencuri tumpuan ramai.

Pada mulanya, dia kelihatan hanya mendengar dengan penuh minat gosip panas yang diceritakan oleh dua rakannya.

Namun, tidak lama selepas itu, dia mula menarik lengan bajunya, menandakan dia sudah bersedia untuk ‘join sekaki’ dalam perbincangan hangat itu.

“Kalau dia tarik lengan baju mesti cerita dah panas”

Reaksi spontan dan ekspresi wajah wanita berbaju hijau ini mengundang gelak tawa dan membuatkan ramai yang menonton merasa terhibur.

Rata-rata komen yang diterima menyatakan bahawa aksi wanita itu benar-benar menggambarkan situasi sebenar yang biasa berlaku dalam kalangan wanita ketika mereka berkumpul dan membawang.

“Aku paling suka bila tengok reaksi muka orang perempuan bila bercerita,”

“Bila dia dah mula tarik lengan baju tu memang sampai malam dia punya cerita,”

“Lepas dia tarik lengan baju, mulakan dengan ‘aku bukan nak kata apa la tapi’,”

Tak cukup satu, @yfg1231 siap belanja “part 2” rakaman video ‘sesi membawang’ kumpulan wanita itu.

@yfg1231

Replying to @shazwarohiza okayyy lepatu dia starttt bagi pandangan✨

♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

BACA: Ramai Terhibur, Puas Hati Lihat Wanita Ini Kenakan Penjual ‘Ais Krim Turki’ Di Bukit Bintang

BACA: “Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri

BACA: Apa Sebab Semut Suka Bersarang Dalam Soket Plug? Ini Jawapannya

Sumber: By yun via TikTok

The post “Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

kilang bateri korea

Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

SEOUL, 24 Jun (Bernama-Yonhap) — Kebakaran berlaku di kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul pada Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja maut dan tiga lagi cedera, menurut pihak bomba yang dipetik oleh Yonhap.

Kebakaran bermula di kilang pengeluar bateri litium Aricell di Hwaseong, 45 kilometer di selatan Seoul, sekitar 10.30 pagi waktu tempatan. Usaha memadam kebakaran masih diteruskan pada awal petang.

Pekerja yang meninggal dunia dibawa ke hospital selepas mengalami serangan jantung manakala seorang lagi cedera parah dan dua mengalami kecederaan ringan, menurut pihak bomba. Sekurang-kurangnya 21 lagi dipercayai masih terperangkap di dalam kilang.

Kebakaran dilaporkan bermula di bangunan tiga tingkat berstruktur konkrit bertetulang yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 2,300 meter persegi.

Pihak bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran sepenuhnya kerana bateri litium yang terbakar sukar dikendalikan dengan kaedah pemadam kebakaran konvensional.

BACA: Tiket Konsert “Sold Out”, Penyanyi Mandopop Tempa Nama Hingga Luar Negara

Seorang saksi yang melarikan diri dari tingkat dua kilang itu memberitahu Balai Bomba Hwaseong bahawa berlaku pembakaran eksplosif pada satu sel bateri semasa kebakaran.

Balai bomba menyatakan bahawa api merebak dengan cepat kerana sel bateri di dalamnya meletup secara berterusan, menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di dalam kilang. Sekurang-kurangnya 35,000 bateri dipercayai berada di dalam kilang itu.

Ia menyatakan bahawa kira-kira 67 pekerja bertugas pada Isnin dan kini, 21 orang masih tidak dapat dikesan dan dihubungi, dengan kebimbangan akan lebih banyak korban jiwa.

Sumber: BERNAMA

The post Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap appeared first on Siakap Keli.

Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat

mamypoko mbpj demam denggi

Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat

PETALING JAYA, 23 Jun 2024 – Sempena Hari Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18 tahun 2024, MamyPoko, jenama lampin seluar bayi terkemuka di Malaysia, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), telah menjalinkan kerjasama melakukan aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan jentik-jentik di rumah pangsa Medan 32, sebuah lokasi “hotspot” demam denggi.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR jenama ini yang berterusan, dan kempen #MamyPokoAgainstDengue, telah dilancarkan secara aktif tahun lepas bersama-sama pelancaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants pertama di dunia di Malaysia.

Pelancaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants didorong oleh peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Dicipta dan dibangunkan oleh Uni-Charm R&D Jepun, lampin seluar ini memberikan ibu bapa Malaysia cara yang berkesan, selamat dan mudah untuk melindungi bayi mereka daripada gigitan nyamuk.

Usaha inisiatif Anti Denggi ini juga selaras dengan tema sambutan ulang tahun ke-18 MBPJ, yang menekankan penjagaan kebersihan dan keselamatan Petaling Jaya.

mamypoko mbpj demam denggi

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri Samingon, yang turut menyokong inisiatif kerjasama yang terjalin untuk kempen anti denggi ini.

Beliau memuji semua peserta atas usaha dan dedikasi mereka terhadap kesihatan awam dan usaha meningkatkan kesedaran bagi membendung peningkatan kes denggi.

Program Pembersihan Anti Denggi sempena Sambutan Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18, tahun 2024 dimulakan dengan senaman ‘Taiso’ Jepun yang diketuai oleh 57 pekerja Uni-Charm Malaysia, bersama 20 sukarelawan dari MBPJ dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling), sebelum mereka menjalankan aktiviti pembersihan dan penghapusan tempat pembiakan jentik-jentik di kawasan persekitaran perumahan Medan 32.

Penduduk Medan 32 dan Taman Medan Baru juga dijemput untuk menghadiri ceramah anti denggi oleh PKD Petaling dan MamyPoko. MamyPoko ANTIMOS™ Pants turut diedarkan kepada penduduk di kawasan “hotspot” denggi bagi membantu menghalau nyamuk daripada bayi dan kanak-kanak dengan hanya memakai lampin seluar ini.

“MamyPoko menganjurkan kempen #MamyPokoAgainstDengue setiap tahun melalui usaha pembersihan, program kesedaran dan pengedaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants kepada komuniti yang layak.

Dengan peningkatan kes demam denggi di seluruh Malaysia, kami amat mengambil berat tentang kesihatan anak-anak kecil,” kata Encik Toru Fujita, Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Corporation (Malaysia & Singapura).

“Kami menyasarkan untuk bekerjasama dengan organisasi berkaitan bagi mewujudkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah demam denggi.

mamypoko mbpj demam denggi

Sebagai sebahagian daripada falsafah ‘NOLA & DOLA’ Uni-Charm (Keperluan Hidup dengan Aktiviti & Impian Hidup dengan Aktiviti), ‘Impian’ kami adalah untuk menyediakan persekitaran bebas denggi tanpa rasa gusar kepada anak kecil kami, dan kami berharap aktiviti hari ini dan pada masa hadapan akan membantu merealisasikan impian ini.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MBPJ tahun ini dan menyumbang untuk memastikan Petaling Jaya bersih dan selamat daripada denggi. Pejabat kami terletak di Petaling Jaya, jadi kami merasakan tanggungjawab yang tinggi untuk menyumbang kepada kejiranan kami sendiri, di mana kes denggi kekal tinggi,” tambah Encik Fujita.

Kerjasama antara Uni-Charm Malaysia, MBPJ, PKD Petaling dan penduduk flat itu menunjukkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan masyarakat. Melalui usaha gabungan ini, kedua-dua pihak iaitu MBPJ dan Uni-Charm Malaysia berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai penduduk di kawasan ‘hotspot’ denggi untuk mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan mencegah penularan kes demam denggi.

MamyPoko ANTIMOS™ Pants adalah revolusi industri lampin dengan gabungan unik inovasi dan penjagaan. Menampilkan bau ekstrak serai semulajadi pada lapisan luar, ia berkesan menghalau nyamuk sehingga 10 jam, diuji secara dermatologi dan selamat untuk bayi.

Lampin ini juga menawarkan 10 jam penyerapan melalui Zon Kering Besar+, memastikan bayi kering dan mengelakkan kebocoran. MamyPoko ANTIMOS™ Pants bertujuan untuk menyediakan penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk keselesaan serta perlindungan.

The post Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko & MBPJ : Cegah Demam Denggi Dan Ke Arah Petaling Jaya Yang Bersih Dan Selamat appeared first on Siakap Keli.

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

Tanah Runtuh Gunung kinabalu

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

RANAU, 24 Jun (Bernama) — Kejadian tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu sekitar Mesilou, Kundasang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergerak ke tempat kejadian dan pemantauan masih dilakukan hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua BBP Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan berhampiran lokasi runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Dalam pada itu seorang pemilik inap desa di Mesilou Ahmad Raqif Hamzali, 47, berkata penduduk di kawasan itu merasai gegaran sekitar 9 hingga 10 pagi.

“Bila lihat macam ada air turun dari atas gunung (Gunung Kinabalu) ke bawah…tetapi kawasan itu jauh dari rumah orang dan kawasan mendaki (laluan mendaki),” katanya.

Menurutnya kejadian itu menyebabkan Sungai Mesilou menjadi keruh dan berlumpur.

Sumber: BERNAMA

The post Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu appeared first on Siakap Keli.

Lebih 1,300 Jemaah Haji Meninggal Dunia Akibat Cuaca Panas Terik – Arab Saudi

Jemaah haji meninggal

Lebih 1,300 Jemaah Haji Meninggal Dunia Akibat Cuaca Panas Terik – Arab Saudi

JEDDAH — Kerajaan Arab Saudi memaklumkan lebih 1,300 jemaah haji meninggal dunia akibat cuaca panas terik yang melanda di negara itu, lapor AFP.

Menurut kerajaan tersebut, kebanyakan jemaah haji yang meninggal dunia itu terdiri daripada jemaah yang tidak berdaftar.

“Malangnya, jumlah kematian jemaah mencecah 1,301 dengan 83 peratusnya terdiri daripada mereka yang tidak dibenarkan untuk menunaikan haji dan telah berjalan jauh di bawah cahaya matahari, tanpa mempunyai tempat perlindungan atau keselesaan yang cukup,” lapor Agensi Akhbar Saudi.

Pada minggu lalu, laporan rasmi mendedahkan jumlah jemaah yang meninggal dunia itu melebihi 1,100 orang. Difahamkan, mereka yang meninggal dunia terdiri dari 10 negara.

Dalam kenyataan tersebut memaklumkan rata-rata kes kematian adalah berkaitan haba dan suhu tertinggi yang direkodkan di Makkah tahun ini adalah 51.8 darjah celsius, menurut pusat meteorologi negara Arab Saudi.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel pada Ahad menyifatkan pengurusan haji bagi tahun ini sebagai berjaya.

Katanya, sistem kesihatan telah menyediakan lebih 465,000 perkhidmatan rawatan khusus termasuk 141,000 perkhidmatan kepada mereka yang tidak mendapat kebenaran rasmi untuk menunaikan haji.

BACA: Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Ketika Tawaf

“Sistem kesihatan telah menangani banyak kes tekanan haba yang berlaku pada tahun ini, dengan beberapa individu masih dalam penjagaan.

“Antara yang maut terdiri daripada beberapa orang warga emas dan pesakit kronik,” ujarnya.

Pegawai Saudi berkata seramai 1.8 juta jemaah haji telah menunaikan Haji pada tahun ini dan sekurang-kurangnya 1.6 juta orang adalah dari luar negara.

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima yang wajib disempurnakan oleh semua umat Islam yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Sistem kuota telah diperuntukkan kepada setiap negara, bagaimanapun kos yang tinggi mendorong ramai jemaah untuk mendaftar secara tidak sah.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly mengarahkan sebanyak 16 syarikat pelancongan dilucutkan lesen pengelola mereka dan merujuk kes itu kepada pendakwa raya kerana menyalahi undang-undang sewaktu tiba di Makkah.

Sumber: AFP

The post Lebih 1,300 Jemaah Haji Meninggal Dunia Akibat Cuaca Panas Terik – Arab Saudi appeared first on Siakap Keli.

Lazada Menjadi Rakan Kongsi eDagang Asia Tenggara Pertama UEFA EURO 2024™

lazada uefa euro

Lazada Menjadi Rakan Kongsi eDagang Asia Tenggara Pertama UEFA EURO 2024™

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2024 – Lazada, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, mengumumkan perkongsian rasminya dengan UEFA EURO 2024™, yang menjadikannya rakan kongsi eDagang Asia Tenggara yang pertama bagi acara bola sepak yang paling dinanti-nantikan dan akan berlangsung di Jerman pada musim panas tahun ini. Perkongsian eksklusif ini merupakan sebahagian daripada perjanjian sedia ada yang dimiliki oleh platform eDagang B2C AliExpress bersama UEFA EURO 2024™.

Sempena perkongsian ini, Lazada menjemput peminat bola sepak dan pengguna dalam talian untuk menikmati diskaun dan tawaran luar biasa yang ditawarkan semasa All-Star Champions Sale dari 1 hingga 3 Julai 2024. Untuk menambah kelainan yang lebih menyeronokkan pada kempen ini, Lazada juga akan mengeluarkan baju tidur jersi (PJs) edisi terhad, yang boleh dimenangi melalui pertandingan interaktif di media sosial, di samping banyak lagi hadiah yang menarik.

“Lazada berbangga menjadi rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Selaras dengan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan pelanggan kami dengan menyampaikan pengalaman yang bermakna, kami sangat teruja untuk menawarkan tawaran menarik, permainan interaktif dan pertandingan kepada peminat bola sepak dan pembeli dalam talian melalui perkongsian ini,” kata Marcus Chew, Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Lazada.

lazada uefa euro
Sumber : BERNAMA

Dapatkan tawaran yang hebat semasa All-Star Champion Sales Lazada

Bermula dari 1 Julai hingga 3 Julai 2024, pengguna dalam talian di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam boleh membeli-belah sempena jualan istimewa merentas semua kategori. Sama ada anda seorang fanatik bola sepak yang tegar menceriakan pasukan kegemaran anda atau peminat sukan kasual yang mencari barangan keperluan musim panas, Lazada mempunyai sesuatu untuk setiap orang pada harga yang terbaik.

Sebagai peminat bola sepak di Asia, sudah pastinya peminat perlu berjaga sepanjang malam untuk menonton setiap perlawanan. Disebabkan itu, Lazada telah memperkenalkan ‘PJs of Champions’ yang eksklusif untuk peminat di rantau ini. Dengan hanya 500 helai yang tersedia, baju tidur edisi terhad ini menampilkan kolar bulat sukan premium serta lengan dan seluar yang selesa supaya peminat dapat menikmati keseronokan perlawanan dengan penuh gaya.

Baju tidur jersi Lazada juga disediakan untuk haiwan peliharaan kesayangan anda supaya semua di rumah boleh sama-sama membarakan lagi kehangatan UEFA EURO 2024™!

Pencarian kini berlangsung untuk barisan All-Star yang paling comel!

Sambil kita meraikan keterujaan perlawanan di atas padang, pengikut media sosial Lazada Malaysia boleh menantikan penampilan khas bekas pemain bola sepak dan penyerang Malaysia, “Super Safee” Sali, di mana beliau bakal melatih kucing bermain bola sepak menerusi TikTok Lazada Malaysia.

Selain itu, peminat juga boleh berkongsi video tersendiri melatih kucing peliharaan mereka dengan menggunakan hashtag #LazadaAjarKucing. Penyertaan yang terbaik berpeluang memenangi baju tidur jersi edisi terhad. Pengikut Lazada Malaysia di Instagram dan X juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti media sosial lain untuk memenangi jersi eksklusif ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai All-Star Champions Sale yang bermula 1 hingga 3 Julai 2024, sila layari aplikasi Lazada atau www.lazada.com.my.

The post Lazada Menjadi Rakan Kongsi eDagang Asia Tenggara Pertama UEFA EURO 2024™ appeared first on Siakap Keli.